Jumaat, 28 September 2012

PENDINDING??, Menjual Ayat Allah, Nilai Kesihatan dll





ALLAH SURUH KITA BERZIKIR@MENGINGATI AKAN ALLAH

Al Ahzab 41
“Wahai orang-orang yang beriman, (untuk bersyukur kepada Allah) ingatlah serta sebutlah nama Allah dengan ingatan serta sebutan yang sebanyak-banyaknya.”

Al-anfal 45
“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu bertemu dengan sesuatu pasukan (musuh) maka hendaklah kamu tetap teguh menghadapinya dan sebutlah serta ingatilah Allah (dengan doa) banyak-banyak, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan).”

Ali-Imran 41
“Nabi Zakaria berkata lagi: "Wahai Tuhanku! Jadikanlah bagiku satu tanda (yang menunjukan isteriku mengandung)". Allah berfirman: "Tandamu itu ialah engkau tidak akan dapat berkata-kata dengan orang ramai selama tiga hari (tiga malam) melainkan dengan isyarat sahaja; dan ingatlah kepada Tuhanmu (dengan berzikir) banyak-banyak, dan bertasbihlah memuji Allah (dengan mengerjakan sembahyang), pada waktu malam dan waktu pagi".

Al-A’raf 205
“Dan sebutlah serta ingatlah akan Tuhanmu dalam hatimu, dengan merendah diri serta dengan perasaan takut (melanggar perintahnya) dan dengan tidak pula menyaringkan suara, pada waktu pagi dan petang dan janganlah engkau menjadi dari orang-orang yang lalai.”

Al-jin  17
“(Pemberian yang demikian) untuk Kami menguji (dan menzahirkan bawaan dan keadaan) mereka dalam menikmati apa yang Kami berikan itu (adakah mereka bersyukur dan tetap betul menurut Islam) dan (ingatlah), sesiapa yang berpaling dari mengingati Tuhannya, Tuhan akan memasukkannya ke dalam azab yang memuncak beratnya.”

Al’Muddhasir 3
“Dan Tuhanmu, maka ucaplah dan ingatlah kebesaranNya!”

An-nashr 3
“Maka ucapkanlah tasbih dengan memuji Tuhanmu dan mintalah ampun kepadaNya, sesungguhnya Dia amat menerima taubat.”

Ash Shafaat 143
Maka kalaulah dia bukan dari orang-orang yang sentiasa mengingati Allah (dengan zikir dan tasbih).

Ali Imran 141
“(Iaitu) orang-orang yang menyebut dan mengingati Allah sesama mereka berdiri dan duduk dan semasa mereka berbaring mengiring, dan mereka pula memikirkan tentang kejadian langit dan bumi (sambil berkata): "Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda-benda ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab neraka."

An- nisa’ 103
“Kemudian apabila kamu telah selesai mengerjakan sembahyang, maka hendaklah kamu menyebut dan mengingati Allah semasa kamu berdiri atau duduk dan semasa kamu berbaring. Kemudian apabila kamu telah merasa tenteram (berada dalam keadaan aman) maka dirikanlah sembahyang itu (dengan sempurna sebagaimana biasa). Sesungguhnya sembahyang itu adalah satu ketetapan yang diwajibkan atas orang-orang yang beriman, yang tertentu waktunya.”

Al Kahf 24
“Melainkan (hendaklah disertakan dengan berkata): Insya Allah dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah: Mudah-mudahan Tuhanku memimpinku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.”

 Muzammil 08
“Dan sebutlah (dengan lidah dan hati) akan nama Tuhanmu (terus menerus siang dan malam), serta tumpukanlah (amal ibadatmu) kepadaNya dengan sebulat-bulat tumpuan.”

Al Insan 25
“Dan sebutlah dengan lidah atau dengan hati akan nama Tuhanmu (di dalam dan di luar sembahyang), pada waktu pagi dan petang;”

BEGITU BANYAK ARAHAN ALLAH AGAR KITA BERZIKIR(INGATKAN ALLAH), TAPI ADAKAH KITA LAKUKAN? KERANA APA??? KERANA TIADA DIWAJIBKAN??? KALAU ALLAH DAH SURUH BANYAK KALI TU, WAJIB LA, BUKAN SUNAT LAGI DAH!!!

ZIKIR YG PALING AFDAL IALAH ‘LAILLA HA ILLAULOH’… AGAK AGAK KALAU ALLAH SURUH INGAT DENGAN LIDAH DAN HATI SIANG MALAM PAGI PETANG SAMBIL DUDUK SAMBIL BARING, SAMBIL BERDIRI, SAMBIL BERJALAN TU BERAPA BANYAK JUMLAHNYA YE??? 10,000 KALI SEHARI PUN BOLEH, BETUL TAK???? SO MEH KITA CUBA IKUT SURUHAN ALLAH NIH, SEKURANGNYA PUN JANGANLAH KURANG DARI 1000 KALI SEHARI… INSHAALLAH


PENDINDING

Pendinding Tu apa? Tentulah dinding, tujuannya untuk apa? Tentunya untuk tak dilihat orang, tak dikacau orang, tak mengganggu orang…

Apa jenis pendingding? Macam macam ada…. Yg ilmu hitam ada, yg ilmu kelabu ada, yg ilmu putih pun ada… hehe

Sapa pakai ilmu pendinding ni???? Tentunya orang yg takut dengan makhluk Allah,  takut dibelasah penjahat, takut ditipu penjahat, takut dikacau penjahat, takut harta dan diri di kebas penjahat…

Apakah ilmu pendinding yg paling baik???? Tentunya ilmu technology terkini, alarm sistemnya, pagar geriginya, anjing penjaganya malah boleh upah orang jaga rumah, bayarlah gajinya… hehe, atau kalau kaya sangat, pasanglah bodyguard…

Kalau nak dinding dari pengaruh kejahatan jin@syaitan pulak, mana boleh pakai alarm alarm ni semua hehe, tak heran depa….. abis pakai apa????  Ha ah kan, pakai apa???? Tangkal???? Wafaq???? Garam?? Tahi besi?? Paku?? Pelbagai Ayat pendinding????? Yg Mana satu yg leh keluarkan aura untuk jadi dinding????

Ye betul, aura!!!!!! Bebenda tu dan amalan tu semua leh keluarkan aura, aura??? Hehe macam cahaya laaaaa….. tapi takla Nampak dimata…tak terbau dek hidung, tak terasa dek tangan dan tak de bunyi boleh didengar dek telinga….

Maksudnya apa saja yg digunakan untuk menjaga keselamatan secara ghaib ni akan ada auranya sendiri, macam macam warna ada… hehe… semuanya untuk tujuan mendinding….tapi benarkah aura itu boleh mendinding??? Menghalau jin??? Aura boleh menghalau jin????? Jin apa yg boleh dihalau???? Kalau jin tu pun boleh keluarkan aura yang sama atau yg lagi terang dari aura bahan tu atau bacaan ayat pendinding tu macamana???????? Terjejas jugak dia??????

Tentang pendinding rumah, diri atau pagar ghaib yg dibuat dengan perantaraan barangan seperti tangkal, wafaq, paku, kacang hijau, tahi besi , tulang, tanah kubur dll tentulah mudah nak dihuraikan apa yg menyebabkan ianya beroperasi… tentunya aura tu tak mampu bertahan lama, dan tentunya akan lupus dek masa…. Tapi sebenarnya pagar tu terus terusan ada…. Walaupun yg dipagar tu rumahnya dah berubah renovate beberapakali, tetap pagar tu ada… hehe…. Sebab apa???? Sebab yg jadi tukang pagar tu terus terusan kerja…. Setia pada tuannya…. Tapi bukan le wafaq tu, bukan le tangkal tu, bukan le tahi besi tu, dan bukan semua bebenda tu, melainkan jin jin juga….. tak kira sapapun yg membuatnya….walau tok bomoh, walau ulama, sama jek….. ulama’ dunia la….jin jugak yg beroperasi….. dan beroperasi…. Lama lama jadilah saka kat anak cucu…..

Pendinding diri

Macam macam versi tentang pendinding diri ni, cuba search kat google! Tengoklah berapa la punya banyak!!!!!!!!

Ruqyah Jibril la, Ayat penggerak la… entah apa lagi
Manzil, Al Mathurat, Ruqyah yg bermacam jenis, ayat 33, ayat 25, ayat entah berapa banyak la ayat ayat…. Untuk pendinding…. Boleh beritahu apa yg jadi dinding sebenarnya?????? Betul ke nabi yg suruh baca ayat ayat pendinding tu????macamana nabi suruh??? Kenapa nabi suruh???

Surah Al-Qalam 52
“Padahal Al-Quran itu tidak lain hanyalah peringatan bagi umat manusia seluruhnya.”

Siapa yg dah mengamalkan ayat pendinding seperti 3 Qul, ayat Kursi, Laqod jaakum…, Bismillahillazi… dan lain lain tu???? Cuba angkat tangan!!! Apa kesannya?? Dapat tak pendinding tu? Kuat tak pendinding tu??? Boleh tembus tak pendinding tu?????

Adakah dinding tu boleh menahan segala jenis jin??? Iblis?? Jin islam??? Ifrit??? Azazil???? Atau hantu hantu atau dewa dewa yg dah hafal juga ayat ayat tu??????

Kenapa yg dah mengamal ayat ayat pendinding tu, masih jugak kene sihir??? Masih jugak ada saka??? Masih jugak sakit sakitan akibat jin??? Masih ada malah banyak ahli keluarganya kene rogol jek dengan jin(melalui mimpi dan kesan lebam)?????????

Pertama sekali aku nak mintak maaf dulu pada pengamal dan yg menggalakkan orang baca ayat ayat pendinding nih, tak salah pun, berusaha untuk keselamatan kan…. Hehe , memang tak salah, syariatnya malah amat menggalakkan….. tapi apa hakikatnya??????????

Hakikat???? Iaitu yg sebenarnya berlaku disebalik yg Nampak…. Contohnya: Bila  kita Nampak buah masak ranum dipokok, katalah warna merah atau kuning, katalah kita diberitau bahawa kalau warnanya merah atau kuning je, mesti sedap, manis dan menyegarkan…. Tanpa kita rasapun buah tu dah terasa kemanisannya, sedapnya dll….. tapi bila dirasa, ooooo masam pahit pedas rupanya buah tu!!!!!!! Ni contoh la…conttohhhhh!!!!!!!

Sama jugak perihal ghaib ni, kita hanya dengar dengar, kita jangka bila kita baca ayat ayat quran yang ‘power’ untuk pendinding tu, Kononnya Allah hantar Malaikat kat kita untuk jaga kita dan rumah atau harta kita, kan????

Bagus sangat ke kita nih???? Sampai kalau baca jek ayat tu terus Allah hantar Malaikat untuk jadi penjaga?????? Apa tugas Malaikat???? malaikat yg mana???Adakah kita di senang senang je nak arahkan Malaikat tu untuk buat urusan kita, jaga kita dll???????

Ingat, aku bukan menghalang orang baca Quran, tapi aku tegur orang baca ayat pendinding. Beza tu!!!!! Walau ayat pendinding tu ayat Quran, tapi diniatkan agar bila dibaca untuk dapat pendinding, dah dinamakan ayat pendinding, kalau niat baca Al Quran, takkan kita pilih ayat ayat tertentu, tiap hari pulak tu, baca ketika nak tidur jek…..masa lain tak payah pendinding????masa lain jin tak kacau???? Masa lain malaikat tak payah buat kerja??????

Ramai pesakit yg hadir berubat, terutama yg sakit dah lama, rata rata dah berubat banyak tempat, rata rata tiap malam baca 3 qul atau 4 qul atau ayat qursi dll untuk Allah bagi perlindungan, tapi kenapa masih kene sakit akibat gangguan jin????? Ayat tu kurang power ke???? Atau tak cukup baca, atau salah baca, atau sebab yg baca tu hanya orang biasa maka jin masih terus terusan boleh kacau???????

Abis kalau yg baca tu pak imam, pak ustaz pak kiai, pak atau mak bomoh, tak boleh ke jin tu mengganggu????? Kira benteng tu dah kuat benor la ye?????

Kalaulah jin jin tu semua boleh hapal Quran, agak agaknya takut ke dia dengan dinding yg juga dibuat dari ayat quran?????

Dan rata rata pesakit yg dah lama sakit, dah berubat dengan macam macam org, dan sentiasa mengamalkan ayat ayat pendinding…… terlalu banyak jin jin mengelilinginya, terutama berada di rumah mereka…..terutama ifrit dan jin islam…..  apalagi, konon bukan mengacau!!! Tapi konon jadi pagar ghaib la… konon!!!!!!!!.....last last tuan rumah tetap sakit, anak anak bersaka, tak tentu arah, dan segala amalan kita hanya untuk diri  sendiri, bukan untuk Allah……sebabnya jin jin tu semua dah pesongkan niat amalan….. dari hanya kerana Allah kepada sebaliknya……



MENJUAL AYAT ALLAH


Menjual Ayat Allah????


Dan janganlah kamu jadikan pesanan-pesanan dan perintah Allah sebagai modal untuk mendapat keuntungan dunia yang sedikit; sesungguhnya apa yang ada di sisi Allah (dari balasan yang baik), itulah sahaja yang lebih baik bagi kamu, kalaulah kamu mengetahui. (An-Nahl 95)

Dan berimanlah kamu dengan apa yang Aku turunkan (Al-Quran) yang mengesahkan benarnya Kitab yang ada pada kamu dan janganlah kamu menjadi orang-orang yang mula-mula kafir (ingkar) akan ia dan janganlah pula kamu menjadikan ayat-ayatKu (sebagai harga untuk) membeli kelebihan-kelebihan yang sedikit faedahnya dan kepada Akulah sahaja hendaklah kamu bertakwa. (Al Baqarah 41)

Sesungguhnya Kami telah menurunkan Kitab Taurat, yang mengandungi petunjuk dan cahaya yang menerangi; dengan Kitab itu Nabi-nabi yang menyerah diri (kepada Allah) menetapkan hukum bagi orang-orang Yahudi dan (dengannya juga) ulama mereka dan pendeta-pendetanya (menjalankan hukum Allah), sebab mereka diamanahkan memelihara dan menjalankan hukum-hukum dari Kitab Allah (Taurat) itu dan mereka pula adalah menjadi penjaga dan pengawasnya (dari sebarang perubahan). Oleh itu janganlah kamu takut kepada manusia tetapi hendaklah kamu takut kepadaKu (dengan menjaga diri dari melakukan maksiat dan patuh akan perintahKu) dan janganlah kamu menjual (membelakangkan) ayat-ayatKu dengan harga yang sedikit (kerana mendapat rasuah, pangkat dan lain-lain keuntungan dunia) dan sesiapa yang tidak menghukum dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kerana mengingkarinya), maka mereka itulah orang-orang yang kafir.( Al-Maidah 44)


Apa yang dimaksudkan menjual ayat ayat Allah?????

Adakah bermaksud cetakan naskah AlQuran, atau cetakan lain seperti khat atau surah yg lazim untuk hiasan dinding???

Atau adakah ayat ayat Allah yang dibaca baca kat sesuatu barangan atau product untuk meninggikan nilainya?????

Atau adakah dalam bentuk suara yg dirakam dlm mp3, cd, casset dll???

Pada akulah, kalau niatnya dan tujuan asalnya untuk mengaut keuntungan dunia yang sedikit ni, tak kira apapun bentuk dan caranya, tetap ianya seperti yang Allah maksudkan tu, iaitu menjual ayat ayat Allah untuk mendapat keuntungan dunia yg sedikit, tapi jika tujuan sebaliknya iaitu untuk mengajar, untuk memudahkan ilmu Al Quran itu tersebar, untuk memudahkan orang lain membacanya, untuk memudahkan orang lain menghafalnya, ianya sangat bagus….

Apa yang berlaku sekarang ini???? Ditahun ini??? Dizaman ini???? Ayat Quran dijual dengan murah tetapi hanya semata mata untuk mengaut keuntungan!!! Keuntungan dunia!!!! Bukan banyak pun!!!! Sikittttttttttttt!!!!!!!!!!!

Air yg Cuma air kosong, air mineral, kismis, ubat ubatan, kopi dan bahan minuman lain, dan macam macam lagi…. konon dibaca baca Ayat Alquran…. Untuk macam macam tujuan!!!! Sapa yg ajar?????? Ada nabi ajar????? Ada Allah suruh?????

Ada bukti ke bahan yg dijual tu lekat ayat Al quran tu? Atau lekat rakaman Alquran tu? Atau lekat kelebihan Al quran tu??? Ada bukti????

Kalau baca sampai 30 juzuk tu??? Bandingkan celup naskah AlQuran  lengkap tu, mana baik??????

Konon untuk hapuskan sihir la, untuk buang saka la, untuk ubat itu ini la..... .... macam la  jin sihir, jin saka tu tak reti baca Quran....

Bacalah AlQuran itu HANYA KERANA ALLAH

Hehehe fikir fikir fikir!!!!!!!!!!!






SYAITAN MENGAJAR AMALAN PENDINDING AYAT QURSI



Ayat Kursi Menjelang Tidur 

Abu Hurairah r.a. pernah ditugaskan oleh Rasulullah S.A.W untuk menjaga gudang zakat di bulan Ramadhan. Tiba-tiba muncullah seseorang, lalu mencuri segenggam makanan. Namun kepintaran Hurairah memang patut dipuji, kemudian pencuri itu kemudian berhasil ditangkapnya. 

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," gertak Abu Hurairah. 
Bukan main takutnya pencuri itu mendengar ancaman Abu Hurairah, hingga kemudian ia pun merengek-rengek : "Saya ini orang miskin, keluarga tanggungan saya banyak, sementara saya sangat memerlukan makanan." 

Maka pencuri itu pun dilepaskan. Bukankah zakat itu pada akhirnya akan diberikan kepada fakir miskin ? Hanya saja, cara memang keliru. Mestinya jangan keliru. 
Keesokan harinya, Abu Hurairah melaporkan kepada Rasulullah S.A.W. Maka bertanyalah beliau : "Apa yang dilakukan kepada tawananmu semalam, ya Abu Hurairah?" 

Ia mengeluh, "Ya Rasulullah, bahawa ia orang miskin, keluarganya banyak dan sangat memerlukan makanan," jawab Abu Hurairah. Lalu diterangkan pula olehnya, bahawa ia kasihan kepada pencuri itu,, lalu dilepaskannya. 

"Bohong dia," kata Nabi : "Pada hal nanti malam ia akan datang lagi." 
Kerana Rasulullah S.A.W berkata begitu, maka penjagaannya diperketat, dan kewaspadaan pun ditingkatkan.Dan, benar juga, pencuri itu kembali lagi, lalu mengambil makanan seperti kelmarin. Dan kali ini ia pun tertangkap. 

"Akan aku adukan kamu kepada Rasulullah S.A.W," ancam Abu Hurairah, sama seperti kelmarin. Dan pencuri itu pun sekali lagi meminta ampun : "Saya orang miskin, keluarga saya banyak. Saya berjanji esok tidak akan kembali lagi." 

Kasihan juga rupanya Abu Hurairah mendengar keluhan orang itu, dan kali ini pun ia kembali dilepaskan. Pada paginya, kejadian itu dilaporkan kepada Rasulullah S.A.W, dan beliau pun bertanya seperti kelmarin. Dan setelah mendapat jawapan yang sama, sekali lagi Rasulullah menegaskan : "Pencuri itu bohong, dan nanti malam ia akan kembali lagi." 

Malam itu Abu Hurairah berjaga-jaga dengan kewaspadaan dan kepintaran penuh. Mata, telinga dan perasaannya dipasang baik-baik. Diperhatikannya dengan teliti setiap gerak-geri disekelilingnya sudah dua kali ia dibohongi oleh pencuri. Jika pencuri itu benar-benar datang seperti diperkatakan oleh Rasulullah dan ia berhasil menangkapnya, ia telah bertekad tidak akan melepaskannya sekali lagi. Hatinya sudah tidak sabar lagi menunggu-nunggu datangnya pencuri jahanam itu. Ia kesal. Kenapa pencuri kelmarin itu dilepaskan begitu sahaja sebelum diseret ke hadapan Rasulullah S.A.W ? Kenapa mahu saja ia ditipu olehnya ? "Awas!" katanya dalam hati. "Kali ini tidak akan kuberikan ampun." 

Malam semakin larut, jalanan sudah sepi, ketika tiba-tiba muncul sesosok bayangan yang datang menghampiri longgokan makanan yang dia jaga. "Nah, benar juga, ia datang lagi," katanya dalam hati. Dan tidak lama kemudian pencuri itu telah bertekuk lutut di hadapannya dengan wajah ketakutan. Diperhatikannya benar-benar wajah pencuri itu. Ada semacam kepura-puraan pada gerak-gerinya. 

"Kali ini kau pastinya kuadukan kepada Rasulullah. Sudah dua kali kau berjanji tidak akan datang lagi ke mari, tapi ternyata kau kembali juga. Lepaskan saya," pencuri itu memohon. Tapi, dari tangan Abu Hurairah yang menggenggam erat-erat dapat difahami, bahawa kali ini ia tidak akan dilepaskan lagi. Maka dengan rasa putus asa akhirnya pencuri itu berkata : "Lepaskan saya, akan saya ajari tuan beberapa kalimat yang sangat berguna." 

"Kalimat-kalimat apakah itu?" Tanya Abu Hurairah dengan rasa ingin tahu. "Bila tuan hendak tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Maka tuan akan selalu dipelihara oleh Allah, dan tidak akan ada syaitan yang berani mendekati tuan sampai pagi." 
Maka pencuri itu pun dilepaskan oleh Abu Hurairah. Agaknya naluri keilmuannya lebih menguasai jiwanya sebagai penjaga gudang. 

Dan keesokan harinya, ia kembali menghadap Rasulullah S.A.W untuk melaporkan pengalamannya yang luar biasa tadi malam. Ada seorang pencuri yang mengajarinya kegunaan ayat Kursi. "Apa yang dilakukan oleh tawananmu semalam?" tanya Rasul sebelum Abu Hurairah sempat menceritakan segalanya. "Ia mengajariku beberapa kalimat yang katanya sangat berguna, lalu ia saya lepaskan," jawab Abu Hurairah. 
"Kalimat apakah itu?" tanya Nabi. 

Katanya : "Kalau kamu tidur, bacalah ayat Kursi : Allaahu laa Ilaaha illaa Huwal-Hayyul Qayyuuumu….. Dan seterusnya sampai akhir ayat. Dan ia katakan pula : "Jika engkau membaca itu, maka engkau akan selalu dijaga oleh Allah, dan tidak akan didekati syaitan hingga pagi hari." 

Menanggapi cerita Abu Hurairah, Nabi S.A.W berkata, "Pencuri itu telah berkata benar, sekalipun sebenarnya ia tetap pendusta." Kemudian Nabi S.A.W bertanya pula : "Tahukah kamu, siapa sebenarnya pencuri yang bertemu denganmu tiap malam itu?" "Entahlah." kata Abu Hurairah. 
"Itulah syaitan." jawab nabi.







PENGAJARAN:  Antara dalil ayat qursi boleh dijadikan pendinding telah di ajarkan oleh syaitan!!! syaitan itu berkata benar tetapi dia tetap pendusta!!!! kenapa????


sebab..... kalau baca ayat Qursi tetapi bukan kerana Allah, tapi kerana untuk dijadikan pendinding, @ untuk dapat keselamatan dari Allah, yg hadir mendinding pun jin jin juga, syaitan la.....


Hebat kan penipuan syaitan(iblis)







KERENAH ANAK DAN ISTERI



KERENAH ANAK ISTERI
SURAH AT TAGHABUN
14
Wahai orang-orang yang beriman! Sesungguhnya ada di antara isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu yang menjadi musuh bagi kamu; oleh itu awaslah serta berjaga-jagalah kamu terhadap mereka dan kalau kamu memaafkan dan tidak marahkan (mereka) serta mengampunkan kesalahan mereka (maka Allah akan berbuat demikian kepada kamu), kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani
15.
Sesungguhnya harta benda kamu dan anak-anak kamu itu hanyalah menjadi ujian, dan di sisi Allah jualah pahala yang besar.

Kita sering berhadapan dengan permasaalahan anak anak dan isteri yg bermacam macam, merajuk yang teruk, lari dari rumah, ikut jantan walau sampai ke Lombok, tak dengar kata, tak dengar nasihat, melawan malah mengugut mak bapak, membelasah mak bapak malah ada yg sanggup membunuh, ikut kekasih lalu kawin senyap senyap, ikut jantan sampai ngandung anak luar nikah, bini cari jantan lain,  bini tak dengar nasihat dan arahan takkira urusan rumahtangga, urusan bekeluarga atau urusan beragama, anak anak dan bini membenci kita dan apapun permasaalahan lainnya…

Katalah kita dah beri segala apa yg perlu dan patut, tapi permasaalahan tetap berlaku, mengapa????? Tentulah ayat yang tersebut di atas dah menerangkannya. Itu semua hanyalah ujian, dan jika kita redho, tentunya Allah akan mengampun pula atas dosa dosa kita yg lain….

Oleh itu, jika menghadapi permasaalahan seperti yang dinyatakan tersebut di atas, kembalilah pada Allah, berserahlah pada Allah, sebab kesemua itu atas urusan Allah…. Banyakkanlah mengingati Allah pagi petang siang malam….

Dan bacalah Surah At taghabun ini sebanyaknya, sekurang kurangnya 60x jika berhadapan kes sebegini, inshaAllah….. Allah akan mendengar kita….





NILAI KESIHATAN




NILAI KESIHATAN

Berapa nilai kesihatan aku? Berapa pula nilai kesihatan engkau?
Kalau ko orang sakit bertahun tahun, berubat merata, segala jenis pakar dah masuk, segala jenis mesin dah cek sakit, segala macam ubat yg doctor bagi dah telan, tapi sakit tetap sakit…. Kemudian jumpa pula perawat alternative, tak kiralah pakar santau lah, pakar  urut lah, pakar buasir lah, pakar rawatan islamlah, tapi sakit terus terus sakit…. Katalah duit dah ribu riban habis….. macamana???? Adakah give-up? Redho? Atau pasrah?????? Atau????? Masih terus berdoa dan terus mencari kesembuhan???

Katalah setelah puas berubat tu, kira dah bengkok habis lah, dah tahap miskin…. Tetiba terjumpa perawat yg langsung tak mintak apa apa atas bantuan yg diberikannya, perawat tu bantu sebantu bantunya sampai ko orang sihat walafiat, tak kiralah apapun kaedah dan cara yg digunakannya… dan katalah perawat tu pun tak buka pusat rawatan yg tentunya tak mintak dibayarpun khidmatnya…  setelah ko orang sihat,  adakah ko orang akan kenang jasanya???? Setakat kenang jek? Lalu salam dia beri sepuluh hinggit…. Cukupkah???? Itukah nilai kesihatan ko orang??? Nilai kesihatan hanya 10 hinggit??? Hehehe

Bukan apa, ada sorang perawat ni pernah ngadu kat aku, ada pesakitnya minta bantuannya, orang yg dah bertahun sakitnya spt diatas, lalu dia pun bantu dari jauh,  diberikan kaedah dan amalan yg sesuai untuk memulihkan sakitnya lalu sembuhlah sakitnya… sembuh sangat sampai segar bugar, lalu setelah sembuh, dia pun bertandanglah kerumah si perawat, itupun borak sikit punya panjang, Tanya itu ini sampai perawat tak dapat tumpukan rawatan pada pesakit lain, lalu setelah itu, dia hulur 10 hinggit! 10 hinggit jek nilai kesihatannya???? Ni Cuma satu contoh perawat yg mengadu pada aku kerenah pesakitnya…..

Ada pula, beria iye minta perawat bersihkan rumahnya, buang atau hapuskan segala gangguan yg ada, sanggup katanya beri duit tambang dan upah… jadi pergilah sang perawat berkereta seramai 4 orang, dengan duit tol dan minyak katalah 150 hinggit…. Lalu bertungkuslumus mereka membersihkan gangguan yg ada dirumah tu…. Dan pulihkan juga pemilik rumah seisinya… lalu dihulurnya RM70hinggit… banyak tu 70 hinggit! Tapi kos perawat jek dah 150hinggit, upah penat 4 orang lagi????
Kesian perawat tu kan, dipujuk rayu tapi akhirnya kene buli dengan pesakit…. Tak fikir ke sipesakit tu betapa perawat tu dah buang masa perjalanan pergi balik pun dah 4 jam, masa untuk merawat lagiii, tenaga lagi!!!  Kalau aku yg kene macam tu pun aku akan menyumpah! Tentulah ikhlas takkan mungkin boleh dapat! Takkan ikhlas punya ….. tu kalau aku yg kene, tu pun sebab aku ni memang ada kerja, tapi kalau perawat tu kerjanya hanya merawat????? Kesiannya dia……
Cerita tersebut adalah aduan dari perawat yg aku kenali, pertama sebagai iktibar kepada perawat betapa susahnya untuk mendapat ikhlas dalam merawat, riak takbur bercerita kehebatan merawatpun confirm dah hilang pahala, inikan pula hati memberontak kerana dahlah penat, kene keluar duit lagi… untung kalau dia ada duit, kalau dia pergi tu pinjam duit orang????

Tu belum kira kene belasah jin jin yg nak balas dendam lagi….

Bagi pesakit pula, ambillah iktibar, walaupun kalian berjumpa perawat yg tak minta bayaranpun, kiralah kos dia bertandang kerumah tu, kira masa yg digunakannya untuk merawat kalian, dan sekiranya terus dapat kesembuhan yg tentunya dari Allah atas kerjasama perawat tersebut, janganlah tak dinilaikan kesembuhan itu berbanding usaha dan doa perawat… nilaikanlah setimpal dengan usahanya dan nilai kesihatan yg didapati,  dan kalau masih kedekut dan sangat berkira atas duit untuk berubat, janganlah jumpa perawat, tapi rawatlah diri tu sendiri walaupun tak reti…. Tahan ajelah sakit tu sendiri….

Bagaimana pula kalau berubat tapi tak sembuh sembuh????? Huhuhu…. Tentunya nilai kesembuhan tak boleh dinilaikan, sebab masih tak sembuh… kan kan… tapi kalau perawat takkiralah doctor atau perawat alternative dah tetapkan harga, pastinya pesakit sanggup bayar apapun yg ditetapkan walau puluhan ribu…. Nak baik lah katakan……… tu bayar untuk rawatan, bukan bayar atas nilai kesembuhan…. Nilai kesembuhan ialah nilai yg sepatutnya sendiri nilai atas kesembuhan yg Allah dah kurniakan, kalau rasa diri tu nilai kesembuhannya 2 hinggit, ye sedekahlah kat perawat tu 2 hinggit lepas sembuh… hehe

Tapi kalau rasa nilai kesembuhan tu rm100,000 pun masih tak cukup, sebab terlalu bernilai….. sedekahlah pada perawat tu semampunya seadanya, tapi janganlah takat 2 ringgit atau 10 ringgit, melampau tu…. Hehe, katalah lain kali dah berada, berilah dia sedekah atau hadiah seikhlasnya sesuai dengan kesembuhan yg telah dikecapi………………..dan dinikmati………………


Kekadang sakit tu bestttttttttttttttttttttt!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Betul tak?????? Best!!!!!!!!!, sebab kalau tak sakit, kita lupa akan kesakitannnnnnnnnnnnnn, dan lupa akan nilai kesembuhannnnnnnnnnnnnnnnnnnn


AMALAN YG DITERIMA



Kisah Rasulullah Saw Bersama Muaz R.a
IKHLAS

Dari Muaz, Rasulullah SAW bersabda:

"Puji syukur ke hadrat Allah SWT yang menghendaki agar makhluk-Nya menurut kehendak-Nya, wahai Muaz!"

Jawabku, "Ya, Sayidil Mursalin."
Sabda Rasulullah SAW, "Sekarang aku akan menceritakan sesuatu kepadamu yang apabila engkau hafalkan (diambil perhatian) olehmu akan berguna tetapi kalau engkau lupakan (tidak dipedulikan) olehmu maka kamu tidak akan mempunyai alasan di hadapan Allah kelak."

"Hai Muaz, Allah itu menciptakan tujuh malaikat sebelum Dia menciptakan langit dari bumi. Setiap langit ada satu malaikat yang menjaga pintu langit dan tiap-tiap pintu langit dijaga oleh malaikat penjaga pintu menurut ukuran pintu dan keagungannya."

"Maka malaikat yang memelihara amalan si hamba (malaikat hafazah) akan naik ke langit membawa amal itu ke langit pertama. Penjaga langit pertama akan berkata kepada malaikat Hafazah,

"Saya penjaga tukang mengumpat. Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya karena saya diperintahkan untuk tidak menerima amalan tukang mengumpat".

"Esoknya, naik lagi malaikat Hafazah membawa amalan si hamba. Di langit kedua penjaga pintunya berkata,

"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya sebab dia beramal karena mengharapkan keduniaan. Allah memerintahkan supaya amalan itu ditahan jangan sampai lepas ke langit yang lain."


"Kemudian naik lagi malaikat Hafazah ke langit ketiga membawa amalan yang sungguh indah. Penjaga langit ketiga berkata, "Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya kerana dia seorang yang sombong."

Rasulullah SAW meneruskan sabdanya,
"Berikutnya malaikat Hafazah membawa lagi amalan si hamba ke langit keempat. Lalu penjaga langit itu berkata,
"Lemparkan kembali amalan itu ke muka pemiliknya. Dia seorang yang ujub. Allah memerintahkan aku menahan amalan si ujub."

Seterusnya amalan si hamba yang lulus ke langit kelima dalam keadaan bercahaya-cahaya dengan jihad, haji, umrah dan lain-lain. Tetapi di pintu langit penjaganya berkata,

"Itu adalah amalan tukang hasad. Dia sangat benci pada nikmat yang Allah berikan pada hamba-Nya. Dia tidak redha dengan kehendak Allah. Sebab itu Allah perintahkan amalannya dilemparkan kembali ke mukanya. Allah tidak terima amalan pendengki dan hasad."

Di langit keenam, penjaga pintu akan berkata,"Saya penjaga rahmat. Saya diperintahkan untuk melemparkan kembali amalan yang indah itu ke muka pemiliknya karena dia tidak pernah mengasihi orang lain. Kalau orang dapat musibah dia merasa senang. Sebab itu amalan itu  jangan melintasi langit ini."

Malaikat Hafazah naik lagi membawa amalan si hamba yang dapat lepas hingga ke langit ketujuh. Cahayanya bagaikan kilat, suaranya bergemuruh. Di antara amalan itu ialah shalat, puasa, sedekah, jihad, warak dan lain-lain.

Tetapi penjaga pintu langit berkata,

"Saya ini penjaga sum'ah (ingin kemasyhuran). Sesungguhnya si hamba ini ingin termasyhur dalam kelompoknya dan selalu ingin tinggi di saat berkumpul dengan kawan-kawan yang sebaya dan ingin mendapat pengaruh dari para pemimpin. Allah memerintahkan padaku agar amalan itu jangan melintasiku. Tiap-tiap amalan yang tidak bersih karena Allah maka itulah riya'. Allah tidak akan menerima dan mengabulkan orang-orang yang  riya'."


Kemudian malaikat Hafazah itu naik lagi dengan membawa amal hamba yakni shalat, puasa, zakat, haji, umrah, akhlak yang baik dan mulia serta zikir pada Allah. Amalan itu diiringi malaikat melewati  langit ketujuh hingga melintasi hijab-hijab dan sampailah ke hadirat Allah SWT.

Semua malaikat berdiri di hadapan Allah dan semua menyaksikan amalan itu sebagai amalan soleh yang betul-betul ikhlas untuk Allah.


Tetapi firman Tuhan,
"Hafazah sekalian, pencatat amal hamba-Ku, Aku adalah pemilik  hatinya dan Aku lebih mengetahui apa yang dimaksudkan oleh hamba-Ku ini dengan amalannya. Dia tidak ikhlas pada-Ku dengan amalannya. Dia menipu orang lain, menipu kamu (malaikat Hafazah) tetapi tidak bisa menipu Aku. Aku adalah Maha Mengetahui."

"Aku melihat segala isi hati dan tidak akan terlindung bagi-Ku apa saja yang terlindung. Pengetahuan-Ku atas apa yang telah terjadi adalah sama dengan pengetahuan-Ku atas apa yang bakal terjadi."

"Pengetahuan-Ku atas orang yang terdahulu adalah sama dengan Pengetahuan-Ku atas orang-orang yang datang kemudian. Kalau begitu bagaimana hamba-Ku ini menipu Aku dengan amalannya ini?" "Laknat-Ku tetap padanya."

Dan ketujuh-tujuh malaikat beserta 3000 malaikat yang mengiringinya pun berkata:

"Ya Tuhan, dengan demikian tetaplah laknat-Mu dan laknat kami sekalian bagi mereka." Dan semua yang di langit turut berkata, "Tetaplah laknat Allah kepadanya dan laknat orang yang melaknat."
Sayidina Muaz (yang meriwayatkan hadist ini) kemudian menangis terisak-isak dan berkata,
"Ya Rasulullah, bagaimana aku dapat selamat dari apa yang diceritakan ini?"
Sabda Rasulullah SAW, "Hai Muaz, ikutilah Nabimu dalam soal keyakinan."
Muaz bertanya kembali,"Ya, tuan ini Rasulullah sedangkan saya ini hanyalah si Muaz bin Jabal, bagaimana saya dapat selamat dan bisa lepas dari bahaya tersebut?"

Bersabda Rasulullah, "Ya begitulah, kalau dalam amalanmu ada kelalaian maka tahanlah lidahmu jangan sampai memburukkan orang lain. Ingatlah dirimu sendiri pun penuh dengan aib maka janganlah mengangkat diri dan menekan orang lain."

"Jangan riya' dengan amal supaya amal itu diketahui orang. Jangan termasuk orang yang mementingkan dunia dengan melupakan akhiratKamu jangan berbisik berdua ketika disebelahmu ada orang lain yang tidak diajak berbisik. Jangan takabur pada orang lain nanti luput amalanmu dunia dan akhirat dan jangan berkata kasar dalam suatu majlis dengan maksud supaya orang takut padamu, jangan mengungkit-ungkit apabila membuat kebaikan, jangan mengoyak perasaan orang lain dengan mulutmu, karena kelak engkau akan dikoyak-koyak oleh anjing-anjing neraka jahanam."

Sebagaimana firman Allah yang bermaksud,"Di neraka itu ada anjing-anjing yang mengoyak badan manusia."

Muaz berkata, "Ya Rasulullah, siapa yang tahan menanggung penderitaan semacam itu?"
Jawab Rasulullah SAW,

"Muaz, yang kami ceritakan itu akan mudah bagi mereka yang dimudahkan oleh Allah SWT. Cukuplah untuk menghindari semua itu, 
kamu menyayangi orang lain sebagaimana kamu mengasihi dirimu sendiri dan benci bila sesuatu yang dibenci olehmu terjadi pada orang lain. Kalau begitu kamu akan selamat dan dirimu pasti akan terhindar dari api neraka."


PENGAJARAN:

PARA MALAIKAT WALAUPUN TELAH MENAPIS AMALAN KITA UNTUK SAMPAI KEPADA ALLAH DENGAN TAPISAN YG AMAT RAPI,  TAPI MASIH TAK DAPAT MENAPIS YANG SEBENAR BENARNYA TAPISAN IAITU TENTANG IKHLAS....

APA ITU IKHLAS????? IAITU AMALAN YG JUJUR, JUJUR SEJUJURNYA HANYA KERANA ALLAH, BUKAN KERANA GANJARAN APAPUN WALAUPUN UNTUK PAHALA, BUKAN UNTUK ALLAH SAYANG, BUKAN UNTUK SYURGA, DAN JUGA BUKAN UNTUK BEKALAN AKHIRAT.... TETAPI JUJUR SEJUJURNYA IBADAH MENGAGUNGKAN ALLAH, MENGINGATI ALLAH, MEMUJI ALLAH DAN MENINGGIKAN ALLAH.....

BRUTAL PADA SYAITAN

Perlukah kita berlembut pada jin jin yang telah mengacau dan menghuni tubuh kita terutama semasa proses pengobatan? Mengapa ramai perawat islam memilih jalan diplomasi sedangkan dah diketahui jin yang jahat itu adalah syaitan yang merupakan musuh utama manusia?

Adakah disebabkan perawat itu takut pada serangan balas syaitan syaitan itu dan geng gengnya? Adakah perawat masih takut selain Allah?Jika itulah jawapannya, adakah perawat sebegitu layak digelar sebagai perawat terutama yang berurusan dengan syaitan???

Semua jin yang jahat digelar syaitan, tak kira walaupun jin itu telah memeluk islam...dan syaitan merupakan musuh yang utama pada manusia yang sepatutnya dilawan habis habisan hingga titisan darah yang terakhir. Mungkin ramai perawat islam yang mengganggap syaitan ini mampu membalas dendam pada ahli keluarganya atau dirinya lalu tidak berani menanggung resiko, so dimana keyakinan dan ketaqwaannya pada Allah??? Hanya kepada Allah sahaja yang sepatutnya kita takut....takut pada MURKA Allah.

Selagi kita masih berbaik dengan syaitan yang mengganggu pesakit kita, selagi itulah kurangnya kebergantungan kita pada Allah, malah ramai pula yang bergantung hanya pada ayat ayat Allah, bukan pada Allah, tuan punya ayat itu...

Berurusan dengan syaitan harus brutal, kejam dan tanpa belas kasihan kerana hanya dengan jalan tersebut syaitan itu akan mudah ditewaskan, selagi kita memilih jalan rundingan, masih rajin mengislamkan jin walaupun dari kalangan jin yang memang takkan boleh menjadi islam terutama golongan hantu, selagi itulah kita terus ditipu oleh mereka, dan akan terus dipersendakan...

Mungkin terlalu kasar ulasan aku ini, tapi kajilah dengan fikiran terbuka, mengapa pesakit masih terus terusan sakit walau dah dirawat oleh perawat islam bertahun tahun.... yg sebenarnya syaitan yang mengacau itu terus terus menipu, walaupun dia telah berjanji beratus kali untuk keluar, memang dia keluar tetapi akan masuk semula dan mengacau pesakit selepas saja pesakit meninggalkan pusat rawatan.... perawat lebih sanggup melihat pesakit terus terusan sakit daripada bertindak kejam pada syaitan yang ternyata adalah musuh utama manusia.....

Dan ada juga perawat yang mengaku perawat islam atau ustaz malah mengajarkan pesakit untuk mengamalkan ayat ayat pendinding walhal yg menjadi pendinding juga adalah dikalangan jin jin tak semestinya jin islam. Dan ada juga diantara perawat itu membekalkan tangkal tak kira dalam bentuk wafaq atau cincin dll yang kononnya mampu menghalau jin jin, walhal sebaliknya berlaku iaitu bende yg dibekalkan itulah yg malah menambah jin jin pada pesakit...

Kasihanilah pesakit kamu wahai perawat, kasihanilah mereka, tewaskanlah musuh utama manusia yang mengganggu pesakit itu dengan bersungguh sungguh, dengan segala keilmuan kamu dengan meminta bantuan sebenar benarnya bantuan dari Allah, bukan dari jin.....Brutallah pada syaitan, jangan sesekali berlembut dan terpedaya dengan tipudaya dan rayuannya.... sesungguhnya tipudaya syaitan itu hanya kosong belaka.........


IKTIBAR


Al-a’raf
27
Wahai anak-anak Adam! Janganlah kamu diperdayakan oleh Syaitan sebagaimana ia telah mengeluarkan ibubapa kamu dari syurga, sambil ia menyebabkan terlucutnya pakaian mereka berdua untuk memperlihatkan kepada mereka aurat mereka (yang sebelum itu tertutup). Sesungguhnya Syaitan dan kaumnya melihat kamu dengan keadaan kamu tidak dapat melihat mereka. Sesungguhnya kami telah mnejadikan Syaitan-syaitan itu teman rapat bagi orang-orang yang tidak beriman.
28
Dan (orang-orang yang tidak beriman itu) apabila mereka melakukan sesuatu perbuatan yang keji, mereka berkata: "Kami dapati datuk nenek kami mengerjakannya, dan Allah perintahkan kami mengerjakannya". Katakanlah (wahai Muhammad): "Sesungguhnya Allah tidak sekali-kali menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji. Patutkah kamu mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak mengetahuinya?".
29
Katakanlah: "Tuhanku menyuruh berlaku adil (pada segala perkara), dan (menyuruh supaya kamu) hadapkan muka (dan hati) kamu (kepada Allah) dengan betul pada tiap-tiap kali mengerjakan sembahyang, dan beribadatlah dengan mengikhlaskan amal agama kamu kepadaNya semata-mata; (kerana) sebagaimana ia telah menjadikan kamu pada mulanya, (demikaian pula) kamu akan kembali (kepadaaNya).

Apakah iktibar dari ayat ayat diatas???

Syaitan telah Berjaya membisikkan tipudaya pada ibubapa pertama kita, Adam dan Hawa sehingga mereka dikeluarkan dari syurga.

Apakah kita masih suka terus terusan ditipudaya oleh syaitan?Syaitan sentiasa membisikkan agar kita melakukan segala perbuatan yang keji, tidak mahu berlaku adil, dan sentiasa memalingkan muka dan hati daripada menghadap kepada Allah dengan seikhlas hati.

Allah menyuruh kita mengikhlaskan segala amal hanya kepadaNYA semata mata….

Macamana nak mengikhlaskan segala amal hanya kepadaNYA semata mata????? Walhal  setiap amal kita dah diberitau akan ganjaran yang bakal diperolehi jika melakukannya????? Bolehkah kita ikhlas sedangkan ganjaran itu yang menjadi tumpuan atau tujuan utama dalam beribadah????? Bolehkah???

Apakah yang dimaksudkan ikhlas dalam beribadah? Jika kita masih terdetik sedikit riak pun, luput ikhlas tersebut, inikan pula kalau dari awal beribadah tu kita dah target akan ganjarannya???tentunya jauh dari ikhlas bukan???

Ikhlas beribadah ialah ibadah yang dilakukan sejujurnya ibadah, iaitu jika bersolat, sejujurnya bersolat untuk menundukkan diri bersolat dan bersujud pada Allah dengan penuh tawadduk. Jika berpuasa, sejujurnya puasa untuk merendahkan diri untuk menikmati  rahmat makanan kurniaan Allah, jika berzikir, berzikirlah dengan sejujurnya ingatan dan pujian pada Allah…

Ambillah iktibar dari Ayat Alquran tersebut, syaitan sebolehnya menjauhkan diri kita dari ikhlas, supaya semua anak cucu Adam ini terus terusan terkeluar dari syurga, sebagaimana Adam dan Hawa terkeluar dulu. Sebab walaupun kita beribadah, tetapi tiada keikhlasan, pastinya tiada satupun yang bakal diterima Allah, walaupun terlalu banyak amalan kita, jika tanpa keikhlasan, di Padang Makhsyar nanti, semasa timbangan amal perbuatan dibuat, rata rata amalan tersebut dilontar semula ke muka kita ibarat dilontar kain buruk! Sebab kain buruk tak diperlukan, kotor…. Mahukah kita yang segala amalan kita pun di lakukan sedemikian oleh Allah nanti???

Ingat, Larangan Allah pada nabi Adam dan Hawa dilanggar hanya disebabkan oleh bisikan syaitan(iblis) pada mereka, dan bisikan syaitan tetap ada pada kita semua, sebab kita takkan terlepas dari bisikan syaitan(jin yg jahat terutama jin Qarin) kecuali kita telah mencapai makam ikhlas… so carilak ikhlas, kerana orang yang ikhlas(mukhlisin) sahaja yang jin syaitan takkan mampu menewaskan dan membisikkan kejahatan…..

Ambil juga iktibar yang bahawa jika melanggar arahan Allah, seperti adam dan hawa yg telah menghampiri pokok larangan, Azazil yg enggan sujud pada Adam, Al-hin yg merosakkan alam mereka, Kisah umat umat nabi nabi  yg telah dibinasakan terdahulu akibat kemungkaran dan kerosakkan dimuka bumi,  tentunya azab Allah amat berat, dan yang Allah nyatakan banyak kali dalam Al Quran, beribadahlah seikhlas mungkin hanya kerana Allah, bukan kerana diri sendiri….itulah Arahan Allah pada kita…. Hanya ibadah yang sebenar benarnya ikhlas yang diterima Allah…

Banyak lagi arahan Allah pada kita didalam AlQuran tu…. Banyakkkkkk…. Berbuat baik sesama manusia, jangan sesekali melakukan kejahatan….

An-nisa’ 125
“Dan tidak ada yang lebih baik agamanya daripada orang yang menyerahkan dirinya kepada Allah (dengan ikhlas), sedang dia berusaha mengerjakan kebaikan dan dia pula mengikut agama Nabi Ibrahim yang lurus (yang tetap di atas dasar tauhid); dan (kerana itulah) Allah menjadikan Nabi Ibrahim kesayanganNya.”