Isnin, 24 September 2012

BERZIKIR UNTUK PERLINDUNGAN DARI JIN?


BERZIKIR UNTUK DILINDUNGI ALLAH DARI JIN

Untuk melindungi diri dari jin tiada bacaan khas dari AlQuran atau zikir zikir atau doa doa nabi

Nabi juga ada jin Qarin, tetapi sebagai seorang nabi, tentulah jin itu tak dapat menguasainya, bagi orang kebanyakan seperti kita, jin jin memang mudah mengacau tak kiralah tahap kita ni imam ke, makmum ke, orang kampung ke, org bandar ke, ustaz ke, ustazah ke, ulama ke atau mufti sekalipun. Jin senang senang je masuk tubuh kita terutama bila bersebab spt persihiran atau saka, jin jin lain@LUAR amat jarang mengacau manusia kecuali jika mereka terasa diusik oleh kita

Bagaimanapun jika sesaorang mengamalkan sesuatu ayat Al Quran yg dilakukan sentiasa sebagai zikir harian hanya kerana Allah sahaja (bukan untuk pahala, bukan untuk perlindungan atau kelebihan ayat tersebut, dan bukan juga untuk fadilat ayat tsb) iaitu semata mata membaca kerana Allah, barulah dapatnya penerimaan Allah, dan bila Allah dah terima Amalan tersebut, barulah Nur dari bacaan tadi melekat sendiri pada tubuh kita dan menghasilkan aura/gelombang yg menghalang jin menghampiri.

Maksudnya disini, kita nak baca atau amalkan ayat apapun tak kisah ( yg paling aku gemar surah AlIkhlas sebab tauhidkan Allah), tetapi bukan kerana kelebihan ayat tersebut, tetapi kerana Allah semata(tauhid)

Amalan zikir yg jika diamalkan sentiasa (ribu ribu setiap hari) spt zikir La Illa Ha Illauloh secara istoqomah bertahun tahun lamanya hanya kerana Allah semata secara Automatik akan menghalang jin menghampiri...... nak dekatpun tak leh, inikan pula menguasai (tapi nak berzikir ttu kene buang segala jin dampingan dulu, baru jadi)


Kesimpulannya, kalau nak berzikir kerana/BERNIAT nak lindungi diri dari jin, makin banyak pula jin menghampiri, so kalau nak dijauhi jin dari diri, NIAT zikir kene ubah!!! Niat je kerana Allah, zikir je tanpa minta apa apa dari zikir tu, IKHLAS KERANA ALLAH, biar Allah nak bagi ke tidak, terserah je, jangan peduli apapun balasan yg dia nak bagi, zikir je!!! Jangan tentukan niat, jangan tentukan bilangannya dan jangan tentukan masanya... zikir je terus terusan!!!!!!! Asal sebut mana mana nama ALLAH , yg terbaik Laillahaillauloh

INGAT: IBLIS DAN SEGALA KONCO KONCONYA TIDAK DAPAT MENEWASKAN ORANG ORANG YANG MUKHLIS IAITU ORANG ORANG YANG IKHLAS.... iaitu apapun perbuatan dan amalannya hanya kerana Allah, jujur dan ikhlas kerana Allah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan