Isnin, 24 September 2012

PELEPAS SIHIR


SIHIR DAN RAWATANNYATerlalu banyak kes kes sihir berlaku didunia ini sejak zaman dahulu lagi. Asal saja perlakuan atau tugasan yg dilakukan untuk mengubah persepsi sesaorang, tingkahlaku sesaorang, kesihatan sesaorang dll yg menggunakan khidmat jin jin tak kira jin dampingan sendiri, jin saka atau mengupah bomoh semuanya digelar sihir

Sihir pengasih
Sihir penunduk
Sihir penyeri
Sihir pelaris
Sihir pendinding
Sihir pemusnah
Sihir penyemboh
Sihir pembenci dan lain lain

Mengapa aku anggap perkara diatas adalah sihir? Senang je, jawabnya hampir semua perkerjaan tersebut dilakukan oleh jin samada disedari atau tidak. Mungkin ramai yg marah dengan kenyataan aku ni, tak pe, aku minta maaf terlebih dahulu jika ia menyinggung perasaan, mengguris hati, mengurangkan income dll... bukan niat nak kondem ilmu ilmu tu semua, tapi aku hanya menulis atas kesedaran dan berdasarkan pengalaman setelah puas menghancurkan kes kes sihir yg pelbagai tadi.


ADAKAH SEMUA KERJA KERJA SIHIR DISEDARI OLEH PELAKUNYA?


Kebanyakkan pelaku sihir tidak menyedari yg mereka telah ter melakukan sihir. Tapi kalau kes tak sengaja ni amat mudah untuk dirawat. Kalau kes sengaja amatlah payah merawatnya.

Sihir yang tidak disedari adalah seperti contoh ini...

Ayat Pengasih:
-Kita baca baca sesuatu ayat AlQuran yg dipelajari untuk semata mata bertujuan pengasih dan hembuskan pada individu yg kita minati.... dan individu tersebut secara tak sedar atau sedar telah mengasihi kita akibat dari ‘usaha’ kita itu... apa yg sebenarnya berlaku sehingga sesaorang yg kekadang amat membenci kita tiba tiba berubah menjadi amat suka setelah kita baca bacakan ayat pengasih tersebut? Sebenarnya disinilah peranan jin telah bermula, dan sipengamal ayat tersebut didampingi jin pengasih tsb tanpa disedari, bila digunakan ayat tersebut, jin tersebut akan pergi terutama memasuki tubuh individu yg dituju, menguasai hatinya untuk ‘suka & kasih’ pada sipembaca ayat tsb.... inilah sihir... dan jin tersebut akan terus terusan berada ditubuh simangsa itu.

Bagaimanapun jika ayat AlQuran tersebut dibaca walau berulangkalipun semata mata kerana Allah, dan kemudiannya berdoa agar Allah sampaikan hajat kita, bermakna bukan ayat tersebut yg menunaikan hajat kita tetapi Allah yg maha berkuasa. Yang ini bukan sihir kerana tiadanya bantuan jin kerana minta direct dengan Allah. Sukar membezakannya? Niat dan cara je bezanya. Yg pertama niat baca untuk pengasih (percaya ayat itu mampu jadi pengasih) tetapi yg kedua niat baca kerana Allah, tetapi berdoa meminta dari Allah agar dikasihi.

Seri muka, pelaris, penunduk dan sebagainya juga menggunakan pendekatan yg sama seperti diatas walaupun si pengamal tidak mengetahui yg mereka menggunakan khidmat jin dalam amalan mereka. Malah sipengamal tidak akan merasa bersalah atau merasa dirinya ahli sihir kerana kebanyakkan amalan yg dilakukan adalah menggunakan ayat suci AlQuran atau hanya bait bait puisi mudah. Tetapi kes sebegini tidaklah sehingga menginayai orang lain kerana kesan sihirnya hanya sementara.

Diantara kes sihir yg tak sengaja tetapi kesannya amat buruk ialah kes kes yg mana sesaorang tersebut mempunyai jin dampingan tak kira jin dari saka atau dari ilmu yg diamalkan atau dipelajari. Jin jin dampingan ini seolah olah begitu prihatin atas keinginan dan kehendak si tuannya tersebut walaupun si tuannya tadi tidak menyedari langsung mereka mempunyai jin dampingan itu.

Katalah si tuan (walaupun tak diketahui dia adalah tuan si jin) terasa ingin memiliki sesaorang, ingin menyakitkan sesaorang, terlalu marah pada sesaorang, ingin mendampingi sesaorang, ingin mengubati sesaorang dan lain lain yg meluap luap, jin jin dampingan ini tanpa disuruh akan pergi terus kepada orang yg diingini@dituju dan menguasai hatinya, menguasai jiwanya, menyakiti tubuhnya dll bergantung kesesuaian apa yang dihajati oleh ‘tuannya’ itu.

Jika keadaan ini berlaku, jin suruhan yg tak disuruh ini akan melakukan kerja kerja sihir tak sengaja ini sehingga menyebabkan si yang dituju@yg dihajati ini terkesan seperti merasai kerinduan yg melampau, kesakitan, penghormatan kepada “tuan” si jin tadi dll bergantung apa yg dihajati oleh si’tuan’. Bila dirawat oleh perawat, kerapkali jin jin tadi membuka rahsia siapa tuannya itu sedangkan sebenarnya si’tuan’ tersebut tak mengetahui langsung keujudan si jin suruhan itu.

Malah kes kes sebegini pula, walau asalnya jin yg bertuan tanpa diminta itu hanya seekor atau beberapa ekor, tetapi oleh kerana keinginan golongan jin ialah mengacau manusia, maka hadirlah jin jin lain yg tak berkenaan bersama sama jin tadi membuat tugasan yg sama malah selalunya berbilang bangsa dan agama...itulah jahatnya jin walaupun agamanya islam....

Oleh itu bebaskan diri kita dari jin jin dampingan walau macamana ‘menyerupa warak nya’ mereka tak kira dari ilmu yg dituntut atau dari saka....



SIHIR YG DISENGAJAKAN

Ramai yg menganggap sihir hanya dilakukan jika sesaorang berjumpa bomoh atau pawang yang terang terang mengaku menggunakan jin sebagai perantara atau dapat dilihat kaedah yg dilakukan dengan jelas menggunaan penyembahan dan pemujaan. Memang tidak dinafikan ianya sihir terutama jika dilakukan oleh tok sami, bomoh hitam atau orang asli, tapi ramai yg mengganggap selain itu (dengan jumpa ustaz, pak haji, atau buat sendiri) bukan sihir namanya walhal ianya sihir juga sebab adanya bantuan dari golongan jin.

Ada kala sesaorang contohnya ibubapa, isteri, suami dll tidak merestui perhubungan anaknya dengan teman lelaki/wanita, atau si isteri tak suka perhubungan suaminya dengan wanita lain (yg diketahuinya) atau si suami tidak suka isterinya berkasih kasihan dengan lelaki lain lalu meminta khidmat tak kira ustaz ke, pak haji ke, bomoh ke atau sapa sapa dan berbagai kaedah digunakan seperti meniup sesuatu bacaan pada gula, garam, air dll lalu diberi pada orang yg dibenci tadi yg dicampur pada makanan dan minumannya dan jadilah mereka benci membenci dgn pasangannya yg tak direstu itu. Kaedah ini nampaknya tidak melanggar syariat atau hukum langsung terutama jika yg dijumpanya pak ustaz atau pak haji yang menggunakan bacaan ayat auci AlQuran. Persoalannya adakah itu juga sihir? Jawabnya tentulah sihir yg selalunya yg dituju tersebut akan menderita seumur hidup jika tidak dirawat sehingga sembuh... bukan saja ia jadi membenci pasangannya itu, malah mengalami kesakitan ditubuh, kemurungan, gangguan fikiran dan sebagainya.

Bagaimanapun jika sesaorang tersebut berniat mengubat orang yg dituju angkara persihiran dengan berjumpa bomoh, ustaz, perawat dll semata mata bertujuan memulihkan orang tersebut yg mungkin disihir kerana kecintaan yg melampau dan sebagainya lalu dibacakan ayat ayat AlQuran tadi pada air dll untuk menghapuskan jin sihir yg ada ditubuh orang tersebut, itu bukanlah sihir namanya.

Ada juga kes kes yg bertujuan menganayai orang lain terutama musuh dengan meletakkan “barang’ yg telah dituliskan wafaq, atau ayat Quran yg diniatkan untuk mengenakan sesaorang tak kira apa caranya samada dibaling atas rumah si musuh, atau ditanam dirumah musuh atau diletak dikawasan laluan simusuh, atau dihempap dengan satu beban yg berat maka jika orang yg dituju tersebut menderita atau terkesan akibat perbuatan tersebut, itu menunjukkan sihir telah berlaku.


SUKARNYA MERAWAT KES KES SIHIR


Merawat kes kes sihir amat jauh sukarnya berbanding merawat kes kes gangguan jin akibat kerasukan seperti histeria dan kes tersampuk yg berpunca dari jin jin luar (bukan saka dan dampingan) Ini kerana kes kes histeria dan tersamuk, bilangan jin yg mengacau amat terhad bergantung tempat atau kawasan kejadian. Bagi kes saka pula ia agak sukar tapi masih agak mudah kerana sekiranya perawat mampu mengalahkan semua sekali jin jin saka dari susur galur keturunan pesakit, biasanya pesakit akan sembuh sepenuhnya. Jin jin luar jarang mengambil bahagian dalam mengacau sipesakit akibat gangguan saka ini.

Bagi kes sihir terutama yang melibatkan penggunaan bomoh yg banyak bantuan dari kalangan jin jin (biasanya kes kes bomoh yg boleh memuja roh dan jin jin) yg biasanya dari kalangan bomoh bukan islam seperti bomoh sakai, orang asli pendalaman spt kadazan dan maouri (NZ), sami sami budha, sami hindu, orang asli setempat, red indian dan lain lain yg tentunya mampu memuja jin jin dari jenis jenis jin yg tinggi kastanya seperti azazil dan iblis dan mengarah jin jin ini mengikut kemahuan sipengupah, tentulah terlalu amat sukar merawatnya malah kebanyakkan pesakit akan menderita hingga keakhir hayat terutama kerana perawat yg dijumpainya tidak mempunyai kemahiran menangani kes sebegini. Kalau tahap jin jin kasta tinggi ini pun sukar dirawat, bagaimana pula jika perantara yg digunakan ialah dari kalangan roh jahat? Mustahil bukan?

MENGAPA KES SIHIR YG MENGGUNAKAN KHIDMAT BOMOH TERSEBUT SUKAR DIRAWAT?

Ada beberapa sebab... yg pertama ialah jika mereka menggunakan khidmat roh (roh manusia yg tak diterima alam barzakh-roh gentayangan).... roh ini tidak terkalahkan oleh rawatan biasa seperti zasst, ruqyah, mandian mandian dll kerana roh tidak boleh mati dan jauh amat kuat dari segala golongan jin. Jika perawat hanya mampu menggunakan ruqyah atau zasst atau mandian bunga atau limau, jangan haraplah roh tersebut boleh keluar dari tubuh pesakit. Lagi pula kalau jin pembantu perawat (bagi perawat yg ada khidmat jin dalam pengobatannya) yg cuba membantu, jin tersebut yg kene belasah dengan roh tadi..

Yang kedua... disebabkan jin sihir dari kalangan jin yg tinggi darjatnya seperti jenis azazil, iblis, ifrit malah jin islam....Kebanyakkan jenis jenis jin ini tidak terkesan dengan bacaan ayat ruqyah ataupun zassttt dan kaedah mandian bunga/limau

Yang ketiga...disebabkan penggunaan jin yang ramai bilangannya... biasanya dari jenis dewa yg rajin datang beramai ramai untuk bersama menyakiti sipesakit..... contohnya macam kita diserang kerengga sedangkan kita berada hampir dengan sarangnya... kerengga sama degilnya seperti jin jin yg sanggup bermati matian untuk menyampaikan hajat ‘tuan’nya...


MERAWAT SIHIR

Banyakkan kes kes sihir akan melibatkan kesengsaraan yg berpanjangan puluhan tahun malah ada yang sampai membawa maut... menderitanya pesakit akibat sihir hanya mereka dan Allah yg tahu. Kebanyakkan kita hanya mendengar keluhan mereka kerana kes sihir tak nampak dek mata kita betapa sengsara dan menderitanya mereka, siap ramai yg mengejek sipesakit dengan kata kata yang menyakitkan hati seperti mengada ngada, saja sebab malas bekerja, ko ni kene sebab malas beribadah dan sebagainya. Ya, kebanyakkan kita yg sihat atau yg masih terselamat dari menjadi mangsa sihir amat mudah membuat cemuhan kepada mereka, sebab kita belum kena atau tak kena... tapi adakah kita pasti akan terselamat dari menjadi mangsa sihir selama lamanya??? Belum pasti beb, belum pasti!!!

Merawat kes kes sihir yg tak sengaja seperti akibat perbuatan jin dampingan dan saka tanpa disuruh agak mudah. Kaedah kaedah rawatan biasa yang menggunakan khadam keris, khadam alat alat lain, minyak minyak yg dibacakan, air yg dibacakan, penggunaan mentera mentera dan jampi jampi, penggunaan bacaan bacaan ayat suci selalunya mampu merawat sihir ini.

Bagaimanapun ada juga jin sihir yg agak liat yg hanya mampu dikeluarkan hanya dengan seruan azan, bacaan bacaan ruqyah syariah yg kerap digunakan oleh golongan ustaz perawat. Bagaimanapun kalau setakat menghalau jin sihir tersebut yang pastinya amat patuh pada arahan tuannya, keberkesanan rawatan ini juga amat terhad kerana jin yg dihalau akan mengacau kembali dengan amat cepat.

Ada juga ustaz perawat ataupun bukan golongan pak ustaz mampu menangkap dan mengurung jin jin sihir ini dan membuangnya secara kekal, dan kaedah ini berkesan terutama jika jin tersebut dalam jumlah yang kecil dan tiada rakan rakan jin tadi mengganti tempat mengacau sipesakit.

Bagaimana pula jika sihir dilakukan dengan sengaja dibantu pula bomoh bomoh power yang menggunakan khidmat jin jin yang tinggi kastanya atau menggunakan khidmat roh jahat (roh gentayangan) apakan kaedah rawatan seperti diatas mampu mengatasi gangguan tersebut? Jawabnya boleh juga tapi amat payah dan percentage kesembuhan tak sampai sepuluh peratus. Mengapa?

Tentulah jawapannya jin sihir tersebut tidak terkesan langsung dengan kaedah itu. Kalau ada kesan pun tahap minima seperti kepanasan atau kesakitan. Perlu diingat, jin ni pun ada akal dan pandai, so dia pun tau kelemahan perawat, dari situ digunakan untuk melapaskan diri. Contohnya jika perawat yg suka mengislamkan jin, tak kira apa jenis jin pun semuanya nak diislamkan walau pun hanya tipuan, maka dia pura pura memeluk islam dan pura pura keluar sedangkan sebenarnya dia Cuma berpura pura dan sembunyi balik ditubuh pesakit.

Merawat sihir menjadi lebih sukar jika jumlah jin jin ditubuh pesakit mencecah ribuan ekor disetiap salur darah. Walaupun jenis jin tersebut yg paling rendah taraf dan kekuatannya seperti golongan dewa, kalau banyak sangat tentulah perawat tak mampu mengatasinya. Dikeluarkan 10, ada ribu ribu lagi, tu belum kira yg stanby dan yg bakal joint mengacau. Jika jumpa kes sebegini, mampukah perawat yg hanya guna air yg dibacakan atau bacaan bacaan ruqyah mengatasinya? Pastinya tidak mampu. Tu yg banyak kes walau dah berbelas tahun atau berpuluh tahun dirawat guna kaedah islamik tetapi berkurang pun tidak. Tapi bila mereka minta izin jumpa bomoh atau perawat bukan islam (sami) tidak pula mereka mengizinkan, bagai bagai kata amaran dikeluarkan seperti syirik dll sedangkan permasaalahannya mereka tak mampu memberi alternatif lain.

Perlu diingat, pesakit jumpa perawat dengan harapan siperawat mampu menghilangkan atau sekurang kurangnya mengurangkan kesakitan yg ditanggung. Kalau tak mampu, beritau terus terang dan beri alternatif lain dengan nasihat keagamaan agar akidah sipesakit walau berubat dengan sami tetap dengan kalimah tauhid. Adakah berubat dengan sami buddha contohnya akidah sesaorang boleh terpesong? Tentulah tidak, kerana kaedahnya aje yg berbeza, tapi tetap mengharapkan kesembuhan dari Allah tuhan sekelian Alam. Tak kiralah sami tu guna bantuan jin ke apa ke, yg penting semboh dan pesakit mampu buat amal kebajikan setelah semboh nanti. Kalau jumpa perawat islampun belum tentu pasti mereka tidak dibantu jin(islam). Ini buah fikiran aku aje......

Ada juga pesakit yg dah lama menderita dan berubat dengan perawat islam tapi tak sembuh tapi mereka berubat dengan bomoh atau perawat lain(sami dll) terus sembuh! Mengapa? Tentulah jawapannya ilmu Allah itu terlalu amat luasnya, dan Allah telah memberi kaedah pengubatan yg lebih efficient kepada mereka. Dan biasanya mereka lebih mudah menundukkan jin jin yg mengacau tersebut berbanding perawat islam.

MENGAPA SIHIR BERULANG ULANG?Sebenarnya sihir bukannya berulang ulang, biasanya penyihir buat sekali sahaja, tetapi walau hanya seekor jin yg diarahkan, jin jin lain secara sukarela berduyun duyun membantu, jika kesemua jin ini dihapuskan atau ditangkap perawat, rakan rakan jin ini akan mengganti tempat dan menyihir juga, bila dihapuskan juga mereka, kawan kawan mereka yg lain pula mengganti tempat... dan seterusnya... penat beb menangani masaalah sihir ni.... kalau buat sepenuh masapun biasanya mengambil tempoh sebulan juga baru sembuh sepenuhnya, itupun dengan syarat dah tak de jin yg berani mengacau takut mati juga dihapuskan perawat (ni atas pengalaman aku sendirilah)

Itu kalau perawat tu mampu membunuh jin dalam dan luar tubuh, kalau hanya mampu menangkap beberapa ekor sedangkan jumlahnya jutaan ekor terutama kalau melibatkan jin dari golongan dewa yg datangnya berduyun duyun, sampai bila pun tak habis, betul tak? Hehe


NASIHAT KEPADA PERAWAT TERUTAMA PERAWAT ISLAM

Terlebih dahulu aku minta maaf jika ada diantara tulisan aku diatas menyinggung atau mengguris hati, aku hanya menulis ikut fikiran aku aje dan sedikit atas pengalaman aku yg juga dah lama berkecimpung dalam bidang perawatan mistik ni walaupun secara sukarela dan sambilan. Aku pun bukan pandai sangat nak mengajar, tapi ialah, sebagai orang islam, apa salahnya aku beri pendapat, betul tak?

Mengapa perawat islam selalu diperlekehkan? Malah jin jin selau hanya mentertawakan? Mudah aje jawabnya, sebab kita masih lemah, amat lemah terutama dengan tipudaya jin jin ini. Kita tidak meningkatkan taraf kemahiran kita untuk mengalahkan jin, dan hanya berada ditakuk lama iaitu hanya dengan ayat ayat ruqyah sedangkan jin jin banyak yg dah hafal juga ayat ayat ruqyah tersebut. So kita perlu menambah ilmu kita, tambah kekuatan kita dari segi mental dan fizikal, tambah kekuatan kebatinan dan roh kita, tambah senjata senjata ghaib yg tak terfikirkan oleh jin jin sehingga kalau boleh sebut aja nama kita, jin pun dah lari, kalau selama ni tak mampu bunuh jin, timba ilmu, cari cari cari dan cari, sampai mampu membunuh malah menghancurleburkan mereka sekaligus dengan jumlah yg ramai!!! Lagi advance, hingga boleh guna teknologi seperti peluru berpandu yg hanya duduk disatu tempat tapi peluru menerjah kebeberapa sarang jin jin sihir yang jauh, masaalahnya boleh ke? Nak belajar kat mana? Apa kaedahnya?.......

jawabnya mudah saja, minta direct pada Allah, terus terusan meminta jangan malas dan segan, sambil teruskan ibadah kita seikhlas ikhlasnya hanya kepada DIA, bukan kerana untuk merawat, bukan untuk mendapat ganjaran syurga, neraka, bukan juga untuk pendinding dll... ikhlas saja..... dan terusan berdoa..... banyakkan baca dan amalkan surah AlMutaffifin moga Allah membuka perbendaharaan ilmunya kepada kita.........

DAN SENJATA YANG PALING AMPUH UNTUK MENGHANCURKAN APA JENIS JIN PUN, BESAR MANA, RAMAI MANA APA DARJATNYA SEKALIPUN IALAH LAILLAHAILLAULOH , ALLOHUAKBAR DAN ALLOH ALLOH ALLOH......... siapa bisa menandingi Allah?

29 ulasan:

  1. terima tuan kerana berkongsi ilmu yg baik ini, cakap pasal sihir ni sy nk kenalkan minyak wangi pendinding diri minyak wangi yang telah dibaca dengan ayat - ayat suci al quran.

    1. ayat - ayat Ruqyah
    2. selawat Syifa
    3. pendinding muawwizat
    4. ayat pelembut hati
    5. ayat penerang hati
    6. doa pengasih suami isteri dan keluarga bahagia
    7. ayat pendamai
    8. doa - doa syifa

    Kebaikan

    1. pendinding ganguan makhluk halus, sihir, santau atau saka.
    2. pelembut dan penerang hati anak - anak
    3. sakit - sakit badan boleh digosok atau disapu untuk kegunaan luaran.
    4. keharmonia rumahtangga suami isteri
    5. masalah hubungan seksual suami isteri
    6. kebas kaki dan tangan akibat diabetes.
    7. migrain, luka, sakit, perut, sakit pinggangg dan buasir.

    detail http://blogjiwamuda.blogspot.com/p/blog-page.html

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum..mohon izin bertanya, boleh bantu saya dapatkan seseorang yang boleh membantu saya membuang jin yang mempunyai tuan yg menumpang di dalam badan adik saya di kota bharu kelantan.. sila email saya >> suzelisuzeli@gmail.com

    BalasPadam
  3. السلام عليكم ورحمة الله...
    Alhmdulillah Allah gerakkn minda sy arini utk menelaah tulisan tuan kali ini.Ade ilmu bru, ade yg sy sdie tahu & ade yg brcanggah(dgn pndirian sy).

    Pendirian saya sperti brikut:
    1. RUH yg telah trpisah dari jasad trputus sudah hbungannya dgn alam dunia. Selama-lamanya.

    2. Qarin ialah pendamping / peneman kite shgga ruh kita kembali pd Allah. Setelah itu, yg tinggal hanya Qarin yg MENYERUPAI & ckup fhm diri tuannya.

    3. Tiada Daya dan upaya selain apa yg telah ditaqdirkan Allah semata-mata. Makhluk tiada berkuasa sdikitpon.

    Antara yg brcanggah ialah:
    1. Bukankah urusan RUH itu hanya Allah yg tahu? Kite tidak dberi ilmu kcuali sdikit(kpd rasul-Nya). Jika benar, silalah tuan buktikn dalil sahihnya.

    2. Bukankah RUH itu tidak akn 'kembali' ke dunia? Mengapa ade ruh yg gentayangan? Jika ada bukti sahihnya, silalah tuan kemukakan utk sy iktikadkan.

    3. Pada sye mksd tuan pada 'ruh gentayangan' itu adalah QARIN(QO-RIN). Apatahlagi kpercayaan diats menyatakan brkenaan ruh-ruh dewa. Ini tidak trpakai dlm islam. Ditakuti mnjadi SYIRIK krna mengakuinya atau kmmpuannya(jika mnyakiti). Tiada daye selain Allah.

    Maaf. Itu shja yg mnjadi percanggahannya. Selainnya adalah ilmu baru pada sye. Trima kasih ats prkongsiannya ye :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Assalam saya bersependapat dgn tuan soal Ruh , tiada Ruh yg bergentayangan ,ada hanya tipu daya Jin yang cukup suka mengelirukan akal dan Iman manusia.Harap si penulis boleh mendalami lagi .Btw nice articel.

      Padam
  4. tapi kenapa sampai sekarang tak ada yg mampu merawat?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Karena hanya kita sndiri yg bisa melawan semua jenis jin...dekat kn dri pade allah sholat thaubat sholat hajat zikir klu mampu setiap masa...minta petunjuk pade allah insyaaallahh...karena hanya doa snjata paling kuat

      Padam
  5. tapi kenapa sampai sekarang tak ada yg mampu merawat?

    BalasPadam
  6. tolong, saya nak suami tak cerai dgn saya.. tolong saya nak cari bomoh.. nak ubat penunduk aje.. eylin_eylin@yahoo.com email sya ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. berdosa besar guna penunduk untuk menundukkn suami, berdosa besar juga pergi jumpa bomoh, syirik..cuba muhasabah diri ... mesti ada sebab suami nak ceraikan puan, bincanglah baik2. menundukkan suami dgn ilmu perbomohan bukan jalan penyelesaian ...itu hanya akan mengusutkan lagi rumah tangga puan

      Padam
    2. Saya setuju dgn jupiter..buksn jln penyelesaian ..apapun minta kat allah. Mula2 dkt dgn allah minta kat allah... lepas kaji kenapa jd begini. Mungkin kitA ada buat silap atau suami.bincang baik2. Dan berubah sikap..minta maaf saya cuma berkongsi saja.yg menentukan allah bukan kitA. Byk bertawakal kepada allah.dan bersolawat insyaallah .yakin ..

      Padam
  7. Salam tuan..masih ada lagi ke perkhidmatan tuan ni..Kg Melayu Majidee JB kan..kalau masih boleh bantu macamana saya nak hubungi tuan.

    BalasPadam
  8. As.kum..terlebih dahulu saya mat kedah minta maaf dahulu ya.saya rasa penyampai diatas .tidak yakin dgn perubatan islam..adakah anda sudah merantau habis.saya rasa anda tidak yakin .dan anda lebih yakin pada bomo siam.saya orang utara .lebih mengetahui bomo siam ..ramai pesakit saya dgn bomo siam .saya tidak pandai .allah lg hebat.berkenaan mengunakan khadam.atau iringan tidak salah .asal orang yg membawa tahu menjaga akidah.dan tata tetip .mengunakan.kalau bayang en.cuba nak tumbuk .kena ka tidak.jd bayang lawan bayang kena dak.itulah madsud sya.byk belajar lg .dan yakin pada perubatan islam.dan allah..ramai peaakit saya bukan islam pun jumpa saya..depa yakin dgn perubatan islam..kenpa kita tidak.renungkan..yakin lah dgn perubatan islam

    BalasPadam
    Balasan
    1. Nak contact mcm mana untuk berubat?

      Padam
    2. nak hubungi macam mana??kita dari kedah juga

      Padam
    3. Assalammualaikum sy ni pon ada kena bisikan ghaib nk mintak tolong LA kwn2 tgk2 kn..sy mohd razali bin mohd ismail..sy ni smpi cmpk api KT rumah tuan punya suara yg dok ganggu sy dah 17 tahun

      Padam
  9. As.kum..terlebih dahulu saya mat kedah minta maaf dahulu ya.saya rasa penyampai diatas .tidak yakin dgn perubatan islam..adakah anda sudah merantau habis.saya rasa anda tidak yakin .dan anda lebih yakin pada bomo siam.saya orang utara .lebih mengetahui bomo siam ..ramai pesakit saya dgn bomo siam .saya tidak pandai .allah lg hebat.berkenaan mengunakan khadam.atau iringan tidak salah .asal orang yg membawa tahu menjaga akidah.dan tata tetip .mengunakan.kalau bayang en.cuba nak tumbuk .kena ka tidak.jd bayang lawan bayang kena dak.itulah madsud sya.byk belajar lg .dan yakin pada perubatan islam.dan allah..ramai peaakit saya bukan islam pun jumpa saya..depa yakin dgn perubatan islam..kenpa kita tidak.renungkan..yakin lah dgn perubatan islam

    BalasPadam
  10. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  11. Kita sebagai orang islam disuruh berusaha..tapi usaha yang macam mana..ianya halal atau haram..dosa atau pahala..kalau sekiranya minta bantuan dengan menggunakan jin atau apa2 yang digelar makhluk halus, ianya berdosa..sebab syirik. Mencari pertolongan dengan jalan menduakan Allah., jin ni tak tentu islam kafirnya, macam kita manusia juga, banyak yang islam tapi tak beramal dengan ajaran islam. Mereka sekadar dilahirkan oleh mak2 yang islam..lepas tu jin ni ada ilmu sihir, sihir adalah haram, kita berusaha makan pil2 doktor bukan pil2 tu syirik, itu kita manusia yang buat atas usaha kita ambil manfaat dari sumber2 alam, jin ni dia berada di alam lain, alam ghaib, Allah juga di alam gahib..itu lah diantara sebabnya ia syirik..Kita ada Allah di alam ghaib, kenapa kita nak rujuk makhluk lain yang di jadikannya ghaib, lainlah kalau jin tu di alam nyata seperti binatang yang kita boleh manfaatkan, tak syirik, tapi janji berpandukan atas izin Allah jua ia kudrat menolong kita. Jin ni diasingkan dari kita sebab Allah tak nak kita bergaul, mintak pertolongan, mereka adalah makhluk api..sebagai ujian kita di dunia ni saja.. adakah kehadiran mereka itu akan buat kita pilih Allah semata atau pilih mereka..sungguhpun atas izin Allah, Malaikat pun hamba..pesuruh Allah juga di antaranya untuk membantu hal ehwal manusia.,sama2 duduk di alam ghaib..fikirkan kenapa Allah tak pilih jin?? Kalau dia baik..mungkin..baiknya mereka tu cuma berniat nak kita sesat..kalau dah kita bergantung pada dia..sesatlah namanya..cuba lihat disekeliling kita yang nyata ni..ada kita nampak makhluk yang agak hebat kejadiannya daei kita dari jenis yang lain...? Tak ada kan..ada binatang pun.,tak ada otak, Allah ciptakan alam nyata ni untuk kita menjadi khalifah utama..kita dengan kita je.. Allah meninggikan daejat kita dari mereka walaupun nampak mereka lagi power dari kita, tapi apa kes pulak kita nak mengkhalifahkan jin...nak menjatuhkan darjat kita yang Allah dah bagi..kita kena fikir..mereka jin harus out dari alam nyata, ini alam kita..sepatutnya kita pertahankan dari dicerobohi mereka..bukan memanggil2 mendewa2 dan mintak jadi kawan..mintak tolong itu ini...yang membuatkan Allah murka..wallahu a'lam...

    BalasPadam
  12. Saya mat kedah mohon maaf sekiranya tersilap cakap.cuma sekadar berkongsi sahaja.dan berkongsi pendapat.minta maaf..

    BalasPadam
  13. Saya mat kedah mohon maaf sekiranya tersilap cakap.cuma sekadar berkongsi sahaja.dan berkongsi pendapat.minta maaf..

    BalasPadam
  14. Assalamualaikum. Nak bertanya. Ada ke perawat yang boleh merawat anak saya yang mungkin terkena dengan sihir dari jin yang pandai atau berkasta tinggi. Sudah banyak perawat saya jumpa tapi hanya sekadar menghalau. Tolong ye

    BalasPadam
  15. Assalam
    Saya seorang perawat islam dan rawat merata tempat 1 malaysia sampai luar negara. Jika perlu khidmat saya boleh wassap 012-3779564
    Ariffin

    BalasPadam
  16. Assalam
    Saya seorang perawat islam dan rawat merata tempat 1 malaysia sampai luar negara. Jika perlu khidmat saya boleh wassap 012-3779564
    Ariffin

    BalasPadam
  17. Ariffin Darus...cuba berubat kat akk ni.apa2 kes sihir dan lain2 dia memang handal....Tel,01139086738

    BalasPadam
  18. saya salah seorang yg kena sihir..puas saya bertanya pada perawat rawatan islam,kos nya terlalu tinggi..tak mampu dibuatnya..dgan keadaan disihir,apa pekerjaan yg boleh dibuat??trpaksa lah saya "menyimpan" sihir dari si penyihir ni krana tidak mampu utk membiayai kos rawatan..bila ke perawat bukan islam,dikatanya syirik la tak baik la..sedangkan ke rawatan islam kosnya tinggi

    BalasPadam
  19. Mintak maaf ada pamdangan sikit . Tentang cara dan niat je berbeza . Perubatan islam dengan meminta bantuan dari Allah supaya dapat menyembuhkan si pesakit . Dan bomoh pula dengan bantuan jin . Segala penyakit yg diturunkan Allah pasti ada ubatnya . Jikalau di atas tuan tulis cara berubat dengan bomoh tapi keyakinan Allah yg sembuhkan .Fahamkan maksud keyakinan . Bukan sahaja dimulut tapi dihati dan dilakukan dengan perbuatan . Meminta pertolongan jin ada la syirik dan itu telah menduakan pencipta kita . Allah murka so ape yg kita mntak tidak akan tercapai . Gunakan lah dgn cara halal . Jin adalah dari alam ghaib Allah s.w.t juga dari alam ghaib . Dan semua makhluk di langit dan bumi ada lah hamba Nya . Kenapa perlu meminta sesama hamba . Minta la daripada pencipta kita . Mintak maaf kalau salah harap ditegur .

    BalasPadam

  20. Assalamualaikum.
    saya mencari perawat yang boleh membuang sihir berpenjaga/wali di badan pesakit, beberapa bahagian utama pesakit telah dikunci, dan juga dikenakan sihir patung, menyebabkan pesakit boleh diganggu tidak kira masa.
    Jika sahabat disini tahu di mana tempat rawatan yang berkesan disekitar Pasir Mas Kel.
    tolong mesej alamat/tel.nombor perawat, email kepada saya : tubuhsatu@gmail.com

    BalasPadam