Isnin, 24 September 2012

NIAT : HURAIAN VERSI HANTUKILLER


NIAT


Dari Amirul Mu’minin, (Abu Hafsh atau Umar bin Khottob rodiyallohu’anhu) dia berkata: ”Aku pernah mendengar Rosululloh shollallohu’alaihi wassalam bersabda: ’Sesungguhnya seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya. Oleh karena itu, barangsiapa yang berhijrah karena Alloh dan Rosul-Nya, maka hijrahnya kepada Alloh dan Rosul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah karena (untuk mendapatkan) dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi tujuannya (niatnya).’” (Diriwayatkan oleh dua imam ahli hadits; Abu Abdillah Muhammad bin Ismail bin Ibrohim bin Mughiroh bin Bardizbah Al-Bukhori dan Abul Husain Muslim bin Al-Hajjaj bin Muslim Al-Qusairy An-Naisabury di dalam kedua kitab mereka yang merupakan kitab paling shahih diantara kitab-kitab hadits)[1]


Huraian niat versi HANTUKILLER

NIAT adalah tujuan sebenar didalam hati atas setiap perbuatan. Kalau niat nak makan, kita akan buat apa yg patut, masak ke, gi warung ke, curi ke(hehe) makanan lalu masukkan mulut kunyah kemudian telan… ada juga dah niat nak makan tak jadi makan, sebab macam macam halangan…seperti makanan tu dah berulat ke, basi ke, tak sesuai dengan citarasa ke!!!

Kalau niat nak tidur, tak kira la tengah kerja ke, tengah tegok tv ke, tengah baring baring ke, kita akan pejamkan mata untuk proses tidur tu berlangsung… kalau ter tidur tu lain… contohnya tengah memandu tiba tiba terlelap…kadang kadang berdentum!!! Nasib baik kalau takat terbabas atau tersedar akibat org sebelah kejut… hehe
Kalau kita nak solat, dari awal kita siap nak solat, ambil air wuduk, sediakan tempat solat, lalu buat perlakuan solat seperti yg telah dipelajari dan diamalkan… Cuma bila berkaitan dengan peribadahan ni, perbuatan tu memang dibuat dengan niat, tapi kesucian niat tu bermacam macam… ada yg kene paksa mak bapak lalu bersolat…. Kita muda muda@budak budak dulu kan ke gitu! Hehe.. yg ada tu buat solat tu sebab berada depan mertua je, yg ada tu buat solat sebab kene marah atau bebel laki atau bini hehe dan macam macam la….. jadi solat tu memang la solat, Cuma kalau solat sebegini, tujuan solat atau kenapa dia bersolat tu lalah kerana manusia, bukan kerana Allah!!! Terpaksa dan malu la kalau tak buat!!

Kalau kita lakukan solat tu tanpa disuruh atau sebab berada dalam situasi depan orang lain, katalah kita solat waktu sebab kalau tak buat solat tu Allah janjikan Neraka, atau tak dapat masuk syurga, atau tak de bekalan akhirat, atau tak dapat redho Allah….jadi solat yg dilakukan tu karana apa? Tentulah kerana tujuan dia buat tu, kalau nak syurga, ye kerana syurga lah, kalau takut neraka ye kerana takut neraka lah, kalau nak buat bekalan akhirat, ye kerana bekalan akhiratlah… kan kan kan!!!!.....tu lah niat kita, betul tak???

Katalah semua solat kita, tak kira solat wajib atau solat sunat tu atas sebab tu semua, adakah itu semua semua disebut kerana Allah???? Jawabnya bukan!!! Tapi kerana ganjaran yg dijanjikan Allah tersebut!!!
Ikhlas tak??? Tentulah ikhlas untuk ganjaran tu, bukan ikhlas bersolat kerana Allah

Katalah kita puasa, untuk dapat pahala, nak tuntut ilmu(puasa mutih dll) sambil boleh kuruskan badan,… atau sebab duit kempis berjimat la… kerana Allah ke??? Tak kan! Tujuan kita puasa tu bukan pasal nak puasa kerana Allah, tapi pasal nak pahala, pasal nak dapat ilmu, pasal nak kurus, pasal nak jimat!!

Katalah kita baca AlQuran, hari hari baca AlQuran, sebab katalah aku yg suruh, tapi tujuannya untuk sembuh penyakit atau elak gangguan jin, atau supaya tercapai apa yg dimaksudkan…. Tu baca Quran kerana Allah kah atau kerana berubat??? Kerana berubat kan kan kan????? Yg selalu kita baca Quran kalau pagi surahnya Al Wakeah, kenapa??? Sebab nabi ajar kalau baca surah tu mudah rezekinya…. Jadi tujuan kita baca tu kerana apa yek??? Kerana Allah ke kerana nak Allah bagi rezeki???

Atau katalah tiap malam kita lepas solat baca AlQuran, tak kira lah surah apa, 4 Qul ke, Qursi ke, atau potongan potongan surah yg dinamakan ruqyah ke, manzil ke, Al Mathurat ke, ayat 33 ke, ayat 25 ke, ayat 7 ke, ayat 5 ke, ayat 1 ke… , soalnya, MENGAPA kita pilih bacaan tersebut? Mengapa tak pilih bacaan surah yg lain? Atau adakah agar seluruh malam tu Allah bagi perlindungan atau keselamatan…. Sebab dah diberitau kelebihan ayat tu???? Agaknya baca AlQuran tu kerana apa ye??? Kerana Allah ke???ye ke kerana Allah???

Abis kalau mengamal ayat ayat Quran atas ajaran guru guru bertujuan nak Allah makbulkan hajat, nak Allah beri kekuatan, nak Allah berikan panduan… contohnya baca Al Ikhlas mesti 1000x setiap hari, mesti tak boleh tak… kerana apa yek bacaan tu? Kerana Allah ke???

Abis kalau berzikir pulak??? Katalah kerana nak pahala, nak syurga, nak NUR, nak jin takut, nak sihat dari sakit, nak rezeki, nak nak nak nak… semua yang nak laaa…. Kerana Allah juga ke????

Ok baca balik petikan hadis tadi: ’Sesungguhnya seluruh amal itu tergantung kepada niatnya, dan setiap orang akan mendapatkan sesuai niatnya. Oleh karena itu, barangsiapa yang berhijrah karena Alloh dan Rosul-Nya, maka hijrahnya kepada Alloh dan Rosul-Nya. Dan barangsiapa yang berhijrah karena (untuk mendapatkan) dunia atau karena wanita yang ingin dinikahinya maka hijrahnya itu kepada apa yang menjadi tujuannya (niatnya).’”

Adakah huraian aku kat atas tadi ada kene mengena dengan dalil ni? Ada kan! Dan dia akan mendapatkan sesuai dengan niatnya… ya dia akan dapat, kalau untuk yg dunia ye biasanya akan terasa mendapatkannya tu… contohnya kalau beribadah@beramal kerana nak rezeki, biasanya akan dapatla rezeki tu, kalau nak sihat ye sihat dapatnya, kalau nak pendinding, ye dinding la dapatnya (sapa ye yg jadi dinding nih? Hehe….malaikat ke?????)
Agak agak, kalau kita dah dapat balasan@ganjaran kat dunia atas atas ibadah kita tu, apa ye yg nak dikira masa hari perhitungan nanti? Ada lagi ke? Kan dah tolak???dah dapat kan!!!

Yg belum dapat pulak, contohnya tujuan kita nak syurga, pahala dan bekalan akhirat, agak agak boleh dapat ke? Senang ke? Apa kata, kalau amalan tu Allah GELI nak terima??? Sebab siang siang kita beramal sebab nak tu nak ni!!!!Allah kan tau tujuan kita beribadah dan beramal tu, Allah maha mengetahui walaupun hanya lintasan dihati kita… Allah tau, kita beramal tu bukan beramal sebab betul betul jujur nak sujud pada dia, betul betul jujur nak mengingati dia!!! Kita tak jujur nak memuji dia, puji sebab nak balasan (syurga/pahala), jujur ke pujian tu?? Tak kan!!!

Habis, sebenarnya nak buat macamana? Tu salah, ni salah???? Bukan salah!! Mana pulak salah!!! Ada ke beramal kerana nak tu nak ni dari Allah, salah, mana salah! Tak salah!!! Cuma kurang betulnya! Lillahi taalanya tak de…, kalau ada pun sikit sangat!

Janji Allah kan betul, sapa yg beramal soleh akan dapat pembalasan baik, sapa yg engkar akan mendapat pembalasan buruk….buat lah baik sebaik baiknya….

Contoh contoh perbuatan dan amalan yg aku tulis kat atas tu semua baik, ok teruskan, Cuma lagi baik kalau dapat beramal tu TANPA TUJUAN LAIN, HANYA KERANA ALLAH!!! LILLAHI TAALA

Bila sebut hanya kerana Allah, tu maknanya NIAT atau TUJUAN dari awal kita beramal ibadah tu tanpa nakkan ganjaran tu semua, pedulilah ganjaran tu semua…. Kan Allah dah janji, tu pasti… kita buat ajelah!! Jangan difikir langsung tentang ganjaran tu…. Kalau nak solat tu, solat la, tak payah fikir nak pahala ke, nak syurga ke,…… tapi semata mata nak solat dan bersujud pada Allah aje….kan makna makna bacaan dalam solat tu juga adalah rata ratanya pujian pada Allah…

Kalau baca Quran tu, jangan berfikir la nak elak jin ke, nak pahala ke, nak sembuh ke, nak power ngubat ke(ni untuk perawat la..hehe), nak diselamatkan Allah dari gangguan segala makhluk ke, just baca je, kalau boleh fahamkan makna dengan hati tak de yg lain kerana Allah, sebab Al Quran tu Qalam Allah… kalau boleh elakkan baca surah surah atau ayat ayat yg kita dah diberitau atau memang dah tau kelebihannya, sebab senang sangat hati kita ni terpesong niatnya nanti nakkan kelebihan dari pembacaan tu… niatkan je nak baca AlQuran kerana Allah…..

Kalau Zikir tu, zikir jek, pilih zikir yg mudah, yg afdal… jangan cari zikir yg susah atau kalau dizikirkan akan mudah terlintas niat yg lain… dengan hati yg suci bersih, semata mata nak mengingati Allah, nak memuji Allah, buatlah jangan dikira, jangan tentukan masa bila nak zikir dan jangan tentukan nak tu nak ni…. Zikir jek kerana nak ingat Allah, nak puji Allah….. barulah amalan tu banyak yg sampai pada Allah, tak banyak yg tergantung jek…(AMALAN KALAU TAK IKHLAS KERANA ALLAH, TAK SAMPAI KE ALLAH, MALAH TERGANTUNG GANTUNG)

Dalam solat kita baca dalam doa iftitah Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidupku, matiku adalah untuk Allah Tuhan sekelian alam.”

Kita tetap baca ungkapan tersebut dalam tiap solat, tapi betul ke yang kita ungkapkan tu dengan apa yang sebenarnya kita perbuat??? Kalau niat atau tujuan kita solat dan ibadah tu kerana yg lain selain Allah, maknanya kita tipu diri kita sendiri, atau lebih dahsyat kita cuba menipu Allah!!!!!…Allah kita nak tipu???? DIA maha mengetahui!!!

Abis, macamana kalau beribadah sambil nak keredhoan Allah??? Abis macamana kalau masak sambil nyanyi? Atau mandi sambil kencing(hehe, selekeh!!) atau kerja sambil main fb/game??? Dua perkara berbeza yg boleh dilakukan dalam masa yang sama……So berdoalah agar segala perbuatan kita ni Allah redhoi… bukan beramal kerana nak diredhoi(macam paksaan)…….

Umat islam kat dunia ni sama jek tujuan ibadahnya, tak de yg tahap orang awam, orang kebanyakkan, orang yg ahli sufi atau yg wali wali, sama jek, semua nya manusia, khalifah Allah, masing masing dipertanggungjawabkan untuk beribadah…sebab tu kene betulkan niat…. Kalau niat dah lari, niat dah tak betul, seluruh ibadah tu dah lari dari tujuan asal…… takut satu pun tak sampai pada Allah sebab tujuan ibadah bukan kerana Allah, tak ikhlas langsung! Jangan anggap kita dah ada lebih sikit ilmu dari orang yg lain, auto ibadah kita diterima, malah sebenarnya orang yg bodoh dan sengkek tu selalunya markah ibadahnya jauh, jauh lebih tinggi dari kita yg berilmu dan kaya…….sebab ikhlasnya mereka..

Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Sesungguhnya bumiKu adalah luas (untuk kamu bebas beribadat); oleh itu, (di mana sahaja kamu dapat berbuat demikian) maka hendaklah kamu ikhlaskan ibadat kamu kepadaKu.
(Surah Al’ankabut 056)

Dah faham dah apa yg dikatakan niat? Niat tu tujuan sebenar dalam hati! Kenapa dan mengapa kita buat sesuatu TU…. Kalau bertujuan kerana nak puji Allah , nak sujud pada Allah, nak ingat Allah, kerana Allah la tu, kalau nak dunia (rezeki, pendinding, sihat, dll) kerana dunia la tu, kalau nak ganjaran (syurga, pahala dll) kerana ganjaran la tu…pening???? Hehehehehe

Contoh mudah niat: katalah memasing dari kl nak ke JB(katalan ni syariat ibadah ibadah tu) semua leh sampat JB tu, tapi mengapa sebenarnya sanggup gi JB tu? Pasal nak balik kampong? Pasal nak kursus? Pasal nak kerja? Pasal nak temuduga??? Nak melancung jek??? Atau hanya laluan untuk gi Singapore??? Jadi niat sebenatnya ialah tujuan yg sebenar tu, bukan perjalanan dari KL ke JB tu… dah faham???? Hehe
Waulohua’lam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan