Isnin, 24 September 2012

PUJIAN DALAM SOLAT



Bacaan ketika bangun dari rukuk

Allah mendengar pujian orang yang memujinya.

Bacaan ketika iktidal

Wahai Tuhan kami bagi Engkaulah segala pujian.

Setiap rekaat dalam solat kita, kita akan lafazkan bacaan Sami'Allah huliman hamidah, Robbana walakalhamd
Tapi kita faham tak apa yg kita lafazkan tu?

Ya, kita melafazkan dan sepatutnya mengiktikadkan dihati bahawa Allah itu mendengar pujian kita, dan hanya kepada Allahlah segala pujian.... tapi persoalannya, betul ke kita puji Allah tu? Jujurkah kita dalam memujinya??? banyak mana pujian kita pada Allah setiap hari???? agaknya cukupkah????

Allah memang mendengar pujian orang yg memujinya, tapi kalau orang yg memujinya tu tak jujur dalam pujian tu, Allah terima ke? tentulah tidak kan, sebab Allah hanya terima pujian yg sebenar benarnya pujian, ikhlas memujinya

Bacaan tersebut amat bagus juga untuk diamalkan menjadi zikir untuk mengingatkan kita bahawa Allah tu mendengar pujian kita.... so pujilah Allah dengan apapun pujian, dengan menyebut nama namanya atau apa saja yg bertujuan untuk memujinya dan mengingatinya dengan tulus ikhlas dan jujur sejujurnya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan