Isnin, 24 September 2012

AZAZIL



AZAZIL : PENJELASAN RINGKAS

Apakah makhluk ini? Sebenarnya jin jenis ini merupakan kategori jin yang paling tinggi darjat dan kekuatannya. Terbahagi kepada berbagai bangsa. Ia juga di panggil Lucifer dalam kitab yang lain. Ketua azazil ialah makhluk yang menjadi ketua malaikat ketika sebelum ujudnya Adam. Ia masih hidup hingga kini dan keturunannya terlalu ramai kerana boleh dikatakan tiada kematian sejak ujudnya kecuali beberapa sahaja yang telah dibunuh oleh manusia. Rupanya berbentuk manusia yg besar (bulldog) tegap dan kelihatan amat kuat. Tubuhnya berwarna hitam pekat, penuh dengan menggerutu seperti katak puru,, ada sayap, tidak bertanduk kecuali yg ketua ketuanya sahaja yg bertanduk amat besar melengkung dihadapan kepala.

Ketua Azazil yang telah diangkat ke syurga kerana terlalu baik amalannya sehingga para malaikatpun tak mampu menandingi kehebatan dia beribadah pada Allah lantas Allah telah melantiknya menjadi ketua para Malaikat, walhal dia bukanlah Malaikat yg dicipta dari cahaya, dia tetap jin yg dicipta dari api.. Beribu tahun Ketua azazil ni bersujud pada Allah(kita manusia sujud waktu solat je).. sehinggalah Allah ciptakan nabi Adam…. Lalu dia enggan menurut perintah Allah untuk sujud pada adam, lalu dilaknat Allah, dari ruparas yg sangat cantik gilang gemilang jadi hitam legam menggerutu….dan dikeluarkan dari syurga kealam asalnya, alam jin, dan segala keturunannya juga bertukar rupa mengikut rupanya iaitu hitam menggerutu….

 Walaupun Allah menjelaskan didalam Al Quran bahawa Ketua malaikat yang dahulu ialah iblis, tetapi sebenarnya Azazil lah mahluk tersebut sementara iblis hanya konco-konco azazil tersebut (bapa iblis juga tidak sujud pada adam kerana mengikut arahan ketuanya si azazil tsb). Jin jenis ini kehidupannya berbeza dari jin jenis lain seperti iblis, jin-jin, hantu dan dewa. Ini kerana mereka di tahap jin yang tinggi dan hanya berminat menggoda dan menyesatkan golongan manusia yang tinggi taqwa dan imannya sahaja (tidak semestinya islam iaitu termasuk ahli kitab). Ia akan memasuki badan manusia yang tinggi taqwa dan imannya tadi lalu menguasai hati mereka agar keimanan mereka tergugat dan melakukan perkara-perkara yang dilarang agama tetapi JARANG merasuk manusia terbabit. Azazil ini dijadikan Allah dari jenis api yang paling halus dan panas. Mereka juga ditakuti dan disegani oleh jenis-jenis jin yang lain kerana kekuatan dan kepandaiannya.

Oleh kerana azazil adalah golongan jin yg paling kuat(raja jin sama macam raja rimba iaitu singa), semua jin jin yg lain hanya mengikut arahannya. Azazil ni terlalu kuat jika dibandingkan jin jin yang lain, terlalu pandai dan terlalu banyak kepandaian kecuali dalam penipuan, sebab ilmu penipuan Allah telah berikan pada golongan iblis…

Azazil mengganggu pada golongan agamawan yg tinggi kesufiannya, dan banyak juga digunakan dalam persihiran peringkat tinggi seperti minyak dagu, voodoo dan persihiran di Negara India

Makanan azazil adalah api, terutama api pemujaan atau penyembahan yg seperti pernah dilakukan oleh kaum majusi, tetapi kini telah berkurangan penyembahan untuk memuja azazil ni, lalu dia memakan apapun asal api, dan mereka takkan mati walau tak makan. Tidak terkesan langsung dengan bacaan AlQuran atau ruqyah.

1 ulasan:

  1. Boleh tuan berikan dalil2 Al-Quran yg menyatakan ketua Malaikat adalah iblis?

    BalasPadam