Isnin, 24 September 2012

TAK SEDAR TERPANGGIL JIN ISLAM


PERBUALAN BERSAMA JIN ISLAM SEMASA MERAWAT: ZIKIR

Hampir semua orang didampingi jin, samada jin islam atau kafir, juga tak kira apa pun taraf sesaorang, jin akan sentiasa menghampiri bertujuan untuk mengacau atau menyesatkan. Kalau dampingan saka atau dampingan sebab menuntut sesuatu ilmu, tujuan baik jin tu biasanya untuk sementara, tetapi pada jangkamasa panjang dia akan membuat kerosakan terutama pada keturunan. Ulama atau nabi sekalipun ada jin mendampingi yg disebut Jin Qarin, apa lagi macam kita manusia biasa ni.

Kalau ada jin yg suka pada kita, baik minta dia jauhkan diri dari kita, jangkamasa panjang merosakkan juga walau islampun mereka..

Ni ada 1 kisah, lebih kurang 3 tahun yg lepas (tahun 2006)... manusia didampingi jin islam!! Aku ada merawat sorang budak pompuan, tingkatan 3 masa tu... dipendekkan cerita... setelah aku bunuh jin jin saka dan sihir sebelum tu, masuk lagi jin lain, jin islam pulak... aku tanya laaa apa pasal ko pulak masuk? dia kata saja suka sebab dia tengok aku dah bunuh banyak jin sebelum tu... aku cakap lagi, ko ni dari dekat dekat sini je kan... ye, lat(selang) 1 rumah je, katanya... kebetulan rumah yg dimaksudkan tu rumah kawan aku juga, pak sedara pulak dgn budak tu, duduk pulak kat sebelah aku masa tu! so terkejutlah dia... so aku tanya jin tu, kenapa pulak ko berada kat rumah dia, kan aku pernah clearkan tumah tu dulu? jin tu kata alah, sambil tangan dia tunjuk member aku tu, dia tu yg panggil aku!!!

Terkejut member aku tu sebab dia tak pernah panggil jin pun malah dia adalah ahli zikir dan sorang yg kuat Tabligh! Member tu sergah jin tu, bila masa aku panggil ko? jin tu kata selalu, tiap kali ko baca (zikir) ko baca salah, jadi alam jin (jin islam) seolah diseru untuk berkumpul dirumah ko, beribu-ribu tu jumlah kawan kawan aku, kata jin tu lagi! Setiap kali ko baca datang 10-20 ekor begitu seterusnya...

Aku tanya balik member tu, ko baca apa kat rumah? dia kata biasa je zikir zikir tu, aku cakap balik, ada ni ko baca lain ni.. baru dia cakap dia amal 1 potong ayat AlQuran tu, ayat lazim yg selalu orang baca. Pelik kan?

Ya pelik sebab baca ayat AQ pun jin boleh berkumpul cam tu banyaknya! nak tau apa sebab sebenarnya? Haha Sebab dia baca bukan ikhlas kerana Allah tapi baca agar diberi perlindungan Allah! tu yg aura bacaan bukan berwarna putih...yg memanggil jin kononnya untuk melindungi mamat ni huhu.


So aku suruhlah jin islam tu keluar, tapi dia tak nak, aku ugut kalau ko degil, segala kawan ko tu (yg kat rumah member aku tu) aku hapuskan? dia kata peduli apa aku.. ko nak bunuh bunuhlah! so aku rembat kat rumah tu, banyak ge yg lari bertempiaran sebab tak dikepung! tapi dapat ge aku habiskan! sebab kalau tak abis, leh masuk menggantikan yg kat dlm badan budak tu!


Bila dah abis tu, aku pun bunuhlah jin kat badan budak tu..... settle 1 cerita

Kesimpulannya disini, walau kita berzikir apapun, tapi niatnya bukan kerana Allah iaitu kerana diri kita sendiri seperti perlindungan, keselamatan, kesihatan, rezeki, penyeri dll, akan menghasilkan aura yg memanggil jin (JIN islam) dan ingat walau jin islam sekalipun mereka, jin tetap jin.... Jahat tu!

2 ulasan:

  1. ''Ya pelik sebab baca ayat AQ pun jin boleh berkumpul cam tu banyaknya! nak tau apa sebab sebenarnya? Haha Sebab dia baca bukan ikhlas kerana Allah tapi baca agar diberi perlindungan Allah! tu yg aura bacaan bukan berwarna putih...yg memanggil jin kononnya untuk melindungi mamat ni huhu.''

    salam dan maaf atas teguran..pada pandangan saya membaca quran kerana memohon pertolongan Allah itu tidak salah kerana banyak dalilnya dari alquran dan hadis cthnya membaca aau'zubillah,,membaca doa perlindungan,membaca surah waqiah untuk kaya dan banyak lagi amalan yang disarankan baginda nabi.hal ikhlas atau tidak itu adalah didikan Allah..dalam kes diatas si tabligh tadi mungkin ada megamalkan bacaan yang diijazah atau dibaiah oleh guru yang mempunyai sanad yang kurang jelas.selalunya sanad yang samar selalu bercampur baur dengan jin islam kebanyakkannya.ataupun beliau sendiri tidak berguru dan hanya belajar dari buku.

    BalasPadam
  2. alhamdulilah dapat sedikit sebanyak ilmu dari sini

    BalasPadam