Jumaat, 28 September 2012

KORBAN

Ibadah Korban dan Aqiqah

Secara zahirnya, kalau dilihat ibadah korban dan aqiqah ni cuma sebagai tanda kesukuran atas kurnia Allah atas apapun kebaikan dan rahmat pada diri kita dan keluarga.

Tetapi persoalannya kenapa kene korban dengan menyembelih haiwan ternakan? tak kira la kambing seekor ke, 2 ekor ke, sekor lembu ke, sepertujuh  lembu ke,( bukan sepertujuh ekor  lembu, pendek tau ekor lembu tu... hehe....), .tak boleh ke wang yang sama tu kita just beli jajan, atau kita derma kat mesjid, atau kita bagi faqir meskin? 

Jawabnya ibadah korban dan aqiqah tu dah diajar macam tu, kene la ikut, jangan memandai nak ganti ganti, kalau tak bela kambing atau lembu pun, beli aje... yg penting kene sembelih....dengan menyebut nama Allah...


Ibadah korban dan aqiqah ni secara halusnya sama jek macam sedekah, iaitu kita keluarkan harta ternakan kita atau keluarkan duit beli ternakan, lalu disembelih ternakan itu untuk dibahagikan pada orang yang layak... 

Sesungguhnya sedekah itu adalah benteng dari api neraka, so salah satu kaedah bersedekah itu ialah berkorban dan beraqiqah, betul tak???


So, sempena raya haji yg dah nak mendekat nih, meh kita usahakan untuk sama sama menjalankan ibadah korban, ikhlas hanya kerana Allah Taala, bukan terselit niat nak menunjuk yg kita ada duit untuk beli lembu atau kambing korban tu.... InshaAllah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan