SYAITAN
Adakah ia juga makhluk seperti azazil atau iblis? Jawabnya –tidak! Ini adalah kerana yang dinamakan syaitan itu adalah merupakan kejahatan dan perbuatan yang dilakukan oleh manusia setelah dikuasai oleh makhluk dari golongan jin seperti iblis atau azazil tadi. Ini bermakna kesemua manusia yang melakukan kejahatan melampau adalah disebabkan didalam tubuh pelaku tersebut ada jin seperti iblis dll yang merangsang dan mengarah hingga berlakunya kejahatan tersebut.

Dengan bahasa lebih
mudah, syaitan ialah jin dan manusia yang jahat. Jin islam yang jahat juga adalah syaitan. Manusia
walaupun islam, tapi melakukan kejahatan(tentunya akibat bisijan jin jahat)
dipanggil syaitan juga. So jahatnya jin dan manusia itu yg Allah gelarkan
sebagai syaitan.
DALIL: HADIS
Rasulullah s.a.w memerintahkan daku dengan
bersabda: "Hendaklah engkau memohon perlindungan Allah daripada angkara
syaitan-syaitan manusia dan jin". Aku pun meminta penjelasan Baginda
s.a.w, dengan berkata: "Ya Rasulullah! Adakah manusia juga menjadi
syaitan-syaitan?" Baginda menjawab: "Ya! Benar!".
Dari Abu Said al-Khudri r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:Sesungguhnya di Madinah terdapat sekelompok jin yang telah Islam. Maka sesiapa yang telah melihat jin-jin ini, beri izinlah dia tinggal selama tiga hari. Jika sesudah tiga hari telah diperingatkan supaya pergi, tetapi dia masih kelihatan, bunuhlah. Kerana itu adalah syaitan.
DALIL : AL-QURAN
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap Nabi itu musuh iaitu Syaitan-syaitan manusia dan jin, setengahnya membisikkan kepada setengahnya yang lain kata-kata dusta yang indah-indah susunannya untuk memperdaya pendengarnya dan jika Tuhanmu menghendaki, tentulah mereka tidak melakukannya. Oleh itu, biarkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan (dari perbuatan yang kufur dan dusta) itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan