Isnin, 24 September 2012

ALTERNATIF MENDAPATKAN ZURIAT


Zuriat

Sebagai manusia yg dianugerahkan hawanafsu dan keinginan, kita akan secara semulajadi inginkan sebuah kehidupan yg harmoni didalam sebuah negara yg aman makmur, dengan rezeki yg berlimpah ruah dan kesihatan yg baik. Untuk memenuhikeperluan hidup, kita pula secara otomatis bila cukup umur inginkan pasangan hidup, dan setelah adanya pasangan hidup tersebut, kita pun inginkan zuriat untuk meneruskan susurgalur keturunan kita .

Selain mendapat keturunan secara sah melalui proses perkahwinan mengikut adat atau budaya dan ajaran agama masing masing, ada juga zuriat yg muncul tanpa apa apa ikatan dari sebuah perkahwinan tersebut seperti sumbang mahram, ketelanjuran dalam pergaulan, paksaan(rogol) dan sebagainya. Perhubungan jenis yg tidak ada ikatan sah ini, tetapi tidak menghasilkan zuriat amat disyukuri oleh mereka, tetapi jika dah ada ikatan sah kekeluargaan, ketidak berhasilnya zuriat yg diinginkan adalah merupakan bebanan dan menjadi satu permasaalahan yg perlu diatasi mereka yg menghadapinya.

• Anak atau anak-anak merupakan suatu anugerah Illahi yang tidak ternilai kepada manusia. Keriangan dan tangisan anak-anak merupakan hiburan yang tidak ternilai bagi ibubapa penyayang.

• Tetapi berlainan sekali dengan pasangan yang lambat mendapat cahaya mata. Mereka menjadi gelisah menanti hari-hari dimana mereka dikurniakan anak.

• Merawat pasangan-pasangan yang menghadapi masalah ketidaksuburan adalah satu ibadah. Apabila mereka berjaya mendapatkan zuriat, kita bersama-sama kongsi kemeriahan dan kegembiraan dengan mereka. Bagi mereka kelahiran seorang cahayamata tidak boleh dinilai dari segi wang ringgit. Memang benar mereka perlu untuk membelanjakan banyak wang serta mengorbankan masa dan tenaga khususnya bagi mereka yang perlu menjalani berbagai-bagai kaedah rawatan yang canggih dengan menggunakan teknologi kesuburan seperti bayi tabung uji ataupun menjalani pembedahan untuk memperbaiki peranakan mereka.

Mengapa zuriat yg dinginkan tak muncul tiba?
Jika sesaorang perempuan belum hamil dalam usia perkahwinan diperingkat awal (sebelum setengah tahun) bukanlah bermakna mereka mempunyai masalah kesuburan. Peluang sesuatu wanita untuk hamil dalam mana-mana bulan hanyalah 15 hingga 20 peratus saja, bukannya 100 peratus. Ini bermakna, setiap bulan, hanya 15 hingga 20 daripada 100 pasangan saja yang berjaya hamil.
Setelah enam bulan mencuba, 75 daripada 100 pasangan didapati berjaya hamil, manakala selebihnya masih belum hamil. Namun setelah setahun mencuba, keseluruhannya meningkat kepada 85 hingga 93 pasangan yang berjaya hamil dan hanya tujuh hingga 15 pasangan saja yang masih gagal hamil.
Bagi pasangan yang belum hamil ini, peluang seterusnya untuk hamil sendirinya hanyalah sekitar empat peratus saja. Memandangkan peluang hamil masih tinggi pada setahun pertama mencuba, kebanyakan doktor lazimnya menasihatkan agar tidak tergesa-gesa mendapatkan rawatan kesuburan kerana ia sebenarnya mungkin tidak perlu untuk pasangan terbabit.
Ujian dan rawatan berkenaan bukan saja memerlukan perbelanjaan, malah masa untuk temu janji yang tidak tetap tetapi lebih bergantung kepada hari kitaran haid wanita.
Dalam keadaan tertentu misalnya sudah pun diketahui mempunyai penyakit berkaitan kesuburan seperti penyakit peradangan pelvis, endometriosis ataupun jika usia wanita mencecah 35 tahun ke atas, tidak perlu menunggu selama ini. Malah mereka digalakkan memulakan rawatan kesuburan setelah enam bulan mencuba.
Lazimnya, penyakit berkaitan kesuburan tidak menyebabkan masalah angin dan sakit ulu hati sebagai masalah utama.

Rawatan Alternatif untuk Mendapatkan Zuriat

Jika pasangan masih gagal mendapatkan zuriat menggunakan kaedah moden dan scientific, disini aku cuba huraikan pula sebab sebab dan kaedah rawatan secara alternatif.

Menurut kajian alam misteri, kegagalan sesebuah pasangan untuk mendapatkan zuriat kebanyakkannya berpunca dari faktor tubuh badan terutama dipihak isteri. Faktor kegagalan persenyawaan antara seperma dan ovum kebanyakkannya berpunca akibat ovum(telur) yg dihasilkan oleh sesaorang wanita yg kemudiannya berada disalur felopian akan rosak akibat adanya kesan dari kitaran darah haid yang tidak terbuang habis ketika proses haid mereka. Sisa darah haid yg kotor dan beracun ini akan memusnahkan ovum tersebut. Jika ovum tersebut dapat bertahan pun, seperma dari pihak suami pula akan rosak akibat racun itu.

Selain itu, adakalanya berpunca dari keadaan atau kedudukan sistem peranakan wanita itu iaitu terlalu kebawah dari kedudukan yang sepatutnya yang menyebabkan beberapa salur seperti salur felopian agak terlipat atau menjadi sempit sehingga menyebabkan seperma suami tidak dapat melaluinya untuk disenyawakan dengan ovum. Jika keadaan ini yang menyebabkan kegagalan persenyawaan benih tersebut, kaedah yang terbaik ialah membetuklan dan memulangkan sistem peranakan tersebut kepada kedudukan yang sepatutnya dengan kaedah urutan atau sengkak, kerana biasanya sistem peranakan itu jatuh kebawah akibat aktiviti lasak dsb.

Dalam keadaan darah haid yang tak keluar habis yang menyebabkan racun pembunuh benih berada didalam rahim wanita, Tentulah persenyawaan diantara ovum dan seperma tak mungkin berlaku iaitu ovum dan benih tersebut rosak atau terhapus. Dan zuriat yg ditunggu tidak mungkin hadir.

Selain itu, ada kemungkinan besar juga adanya peranan jin jin terutama jin saka yg menghalang proses persenyawaan tersebut. Jin jin ini akan memusnahkan seperma dari pihak suami atau kalau perawat biasa panggil benih(air mani suami) “dimakan” oleh jin jin yg duduk dan tinggal bermastautin dan beistana difaraj wanita itu.

Bagi rawatan alternatif ini, jika bukan disebabkan oleh jin jin iaitu kegagalan sistem tubuh wanita itu sendiri mengeluarkan semua darah haid yg biasanya menyebabkan senggugut atau penyakit keputihan, boleh diikhtiarkan dengan memperbanyakkan memakan pucuk pucuk muda (ulam ulaman-sebanyak banyaknya) bagi menuteralkan racun akibat tertinggalnya darah haid dirahim tersebut.

Selain pucuk muda, yang terbaik dan termujarab ialah dengan meminum air kelapa yang SANGAT muda iaitu kelapa yg hanya baru ada tempurung dan air sahaja tanpa ada isi sedikitpun walaupun yg belum berwarna-(jernih)... ingat, ini hanya untuk memastikan segala racun yg ujud akibat darah haid tertinggal itu nutral atau terhapus.

Selain itu faktor kegemukan atau kelemahan sistem peranakan itu sendiri dan kelemahan seperma suami boleh juga menghalang seperma dari berenang menghampiri ovum.... jika masaalah lemah ini, perbanyakkanlah berzikir dengan zikir Lahaulawalaquaataillabillahilaliyyilazim sekurangnya 7000 x setiap hari dan carilah tukang urut yang pakar...selain itu banyakkanlah memakan zat zat dan sumber makanan@nutrien@jamu yang boleh membantu meningkatkan kesuburan......

Bagi permasaalahan yg disebabkan oleh jin pula, perlulah berjumpa perawat yang mampu mengeluar semua sekali jin jin saka yg menetap difaraj dan seluruh tubuh, Jangan tinggalkan walau seekorpun jin tersebut. Mungkin perawat yang dijumpa mempunyai kaedah meraka sendiri, so tak perlu aku huraikan disini...

Ada juga jin jin yg hadir difaraj tersebut hasil dari persihiran, so kalau jin dari punca ini agak sukar dibenteras habis habisan kerana jumlahnya yg kadangkala terlalu banyak, silih berganti datangnya, dan biasanya kalau kes sihir yg menyebabkan menghalang zuriat ini, pihak suami juga perlu dirawat!

Disamping itu jangan lupa berdoa dan terus berdoa.....

1 ulasan: