Isnin, 24 September 2012

KAMU PERNAH PANGGIL JIN!!!!!!! KAN KAN KAN??


PERBUATAN YG BOLEH MENGUNDANG JIN

Berikut adalah perbuatan perbuatan yg boleh (bukan semestinya) mengundang jin: Jin ini yg ada hadir seketika tetapi kebanyakkannya kekal pada yg memanggil atau yg bersama si pemanggil:-
Membuat kerja kerja ditempat yg sememangnya banyak jin, contohnya kehutan berburu atau mengail, memancing dipulau pulau dll

  • Bercakap besar dan mencabar jin ditempat yg banyak jinnya
  • Bermain dengan permainan yg ada unsur pemujaan jin
  • Memuja roh atau jin jin untuk tujuan nombor ramalan dikubur kubur lama dsb
  • Memuja jin jin yg sememangnya menjadi khadam sesuatu barangan spt keris, cincin, pedang, minyak minyak wangi, barang purba dll(panggil jin tak semestinya memanggil jin jin tu direct, tapi, walau baca baca ayat AlQuran pun kat sesuatu barangan lalu tiupkan ke barang tersebut, barang tersebut leh dihurungi jin jin).... kira barang tu ada power la konon, walhal jin jek
  • Berjumpa bomoh menurun dan memanggil jin jin, atau sapa saja yg sememangnya memanggil jin
  • Memakai susuk, tak kira apa jenis susuk, susuk ayat pun jin jugak..
  • Belajar apa saja ilmu hitam terutama ilmu sihir samada diamalkan atau tidak
  • Berobat dengan perawat yg banyak dampingan jin walaupun ada title ustaz, terutama kes berurut dan pengobatan sakit mistik... sipenghantar pesakit juga boleh auto dapat jin..
  • Mendalami ilmu ilmu yg ada unsur unsur pemujaan pada makhluk jin spt ilmu kuda kepang, ilmu silat dll
  • Mengamalkan ilmu ilmu kebatinan
  • Membantu orang orang yg diganggu jin
  • Belajar ilmu mengenal diri (yg ni sebab jin nak menyesatkan pada manusia yg cuba mendekati Allah) dan biasanya menyamar jadi guru ghaib/wali wali dalam mimpi walhal jin jek
  • Meminta sesaorang membuat pagar ghaib untuk diri, rumah atau kawasan ( kecuali tidak menggunakan barangan atau barangan yg digunakan mudah terhapus dengan syarat si pemagar tidak berdampingan atau dibantu jin samada dikesedari atau tidak)
  • Meletakkan wafaq wafaq, tangkal tangkal, ayat ayat AlQuran dalam rumah seperti dipintu atau dinding yg kononnya untuk Allah lindungi rumahnya, penjaga rumah dll
  • Mengamalkan sesuatu amalan zikir atau membaca ayat ayat tertentu dengan jumlah tertentu, dimasa masa yg ditentukan dengan niat tertentu, yg semata mata atau tujuan utamanya untuk kepentingan diri seperti amalan seri muka, pendinding, pelaris perniagaan, pembungkam, penunduk, pengasihan, kekuatan, kehormatan, kedudukan/pangkat, pengubatan/jadi perawat, kasihsayang, dll. Amalan tersebut tak semestinya mentera, malah mengamal ayat AlQuran pun yg bertujuan seperti tersebut diatas boleh mengundang jin iaitu amalan itu tidak ikhlas kerana Allah

Mungkin ada yg marah bila aku listkan segala perbuatan tersebut seolah olah aku menghalang sesaorang menuntut ilmu atau membuat amal ibadah. Sebenarnya bukan menghalang tapi cuba memperbetulkan aje. Nak beramal atau menuntut apa saja pun boleh, tapi niat kene betul.

Contohnya beramal sesuatu zikir atau sesuatu ayat AlQuran, tapi bukan sebab nak meng ESA kan Allah atau Meng AGUNG kan Allah, sebaliknya untuk diri seperti pendinding dari sebarang gangguan dll, bila niat dah bukan kerana Allah ni, yg terujud dari amalan zikir tersebut ialah NUR juga, tapi ber colour colour/WARNA, tak putih berkilau yg sebenarnya menyebabkan jin terpanggil dengan colour colour tersebut. Kalau NUR tu putih berkilau akibat bersihnya niat iaitu semata mata kerana Allah, jin pun tak berani menghampiri kerana Malaikat dah menghurungi si penzikir tersebut. Ingat, zikir yg ikhlas akan menyebab kan malaikat malaikat yg suka berzikir sama sama berzikir dengan si penzikir tersebut. Dan berzikir tak semestinya duduk di atas tikar sembahyang, zikir ni kat mana pun boleh, sebab ia dalam hati aje, bukan perlu disebut dengan lidah pun. (Jin dan Malaikat nampak NUR yg terhasil dari zikir sesaorang)

Untuk mendapat konsentrasi dan penumpuan kali pertama dalam berzikir ni, kaedah yg terbaik ialah dengan bersuluk.. (aku ni cakap je, aku tak buat pun).. tapi kene buang dulu le segala jin jin dampingan, kalau tak buat penat je, tak jadinya dia......, PAYAH SEBAB JIN YG ADA SENTIASA KACAU AGAR KITA TAK IKHLAS SUPAYA AMALAN TERSEBUT TERGANTUNG TAK SAMPAI KE ALLAH.... tapi usaha kene usaha.... buat ajelah dan berdoa agar Allah terima ibadah tersebut...

3 ulasan: