Isnin, 24 September 2012

UJIAN ALLAH


UJIAN PADA MANUSIA

Mengapa manusia sentiasa diuji? Adakah semua kesukaran sahaja yg dinamakan ujian? Bagaimana dengan kegembiraan, kemewahan dan kesenangan?

Antara ujian yg kerap jadi iktibar hanyalah yg memberi kepayahan kepada kita:
Kesakitan
Kekeciwaan
Kemiskinan dan kepapaan
Kegagalan percintaan, hidup bekeluarga, perniagaan, peperilsaan, kerjaya dsb
Kecacatan
Kehancuran, kemusnahan hartabenda, ahli keluarga dll
Ujian yg tidak dirasai sebagai ujian ialah kemewahan, kesenangan, kegemilangan, kesejahteraan dan sebagainya......

Mengapa kita perlu diuji? Sedang kita sihat walafiat tiba tiba datang musibah dan ujian kesakitan seperti kene sihir, sakit misteri atau tak misteri yg tidak pulih pulih, kecacatan tubuh badan, kehilangan benda yg sangat disayangi dsb, adakah ianya semata mata ujian atau ianya pembalasan atas dosa dosa kota? Jika pembalasan, apa guna adanya hari pembalasan setelah musnahnya alammaya ini?

Kesemua ini hanyalah ujian kepada manusia, ujian kesengsaraan biasanya lebih baik kerana kebiasaannya akan menyedarkan kita serta mengembalikan kita kepangkal jalan ataupun lebih mendekatkan diri kita kepada tuhan yg Esa. Manakala ujian kesenangan, kemewahan dan kegemilangan lebih menjurus manusia kepada kealpaan.... contohnya, Ramai dikalangan kita yg diuji dengan kemewahan akan lupa tanggungjawab menjalankan kewajipan berzakat, takut terkurang kekayaan yg dah ada, walaupun berzakat, amount yg wajib (kadar yg sepatutnya) tak dipedulikan, asal saja berzakat dah kira ok, sedangkan kita lupa kalau kita berhutang zakat dll didunia ini, setelah kematian roh kita tergolong dalam golongan orang yg berhutang dan menyebabkan roh kita tergantung diantara alam dunia dan alam barzakh!

So, nak pilih yg mana akan ujian yg bakal ditempuhi? Kesenangan atau kesusahan? Sanggupkah kita susah atau sanggupkah kita mewah? Pastinya semua kita akan pilih yg mewah!!! Dan dengan confidentnya berasa sanggup melunaskan apa saja tuntutan agama seperti zakat, sedekah dll! Adakah kita sanggup memilih kepayahan, kepapaan dan penderitaan walhal kita tahu itu hanya ujian tuhan?

APA PERLUNYA UJIAN?

Dalam kehidupan, ujian sangat perlu, kita bersekolahpun penuh dengan ujian, untuk apa, untuk menentukan samada kita mampu lulus atau tidak, bagi kehidupan pula, ujian biasanya amat perlu untuk meningkatkan tahap kita menjadi sebenar benarnya manusia.
Kekadang kita diuji dengan kepayahan dan kesengsaraan yg amat menyiksakan setelah kita berada dalam kesenangan, adakah ia baik atau hanya pembalasan akibat kelalaian kita? Sebenarnya itu bukanlah pembalasan, tetapi semata mata ujian untuk meningkatkan atau mengembalikan kita kepada fitrah yg kita ini hanya hamba.. Ianya sangat baik, biasanya akan menginsafkan kita bahawa kita ni tiada apa apanya, tiada daya upaya, tidak sempurna, tidak mampu menolak kada’ dan kadar Allah dll serta menyedarkan kita bahawa tuhan adalah MAHA segalanya....

Jarang kita semakin menjauh dari tuhan setelah kita diuji dengan keperitan, kesengsaraan, kejatuhan, kesakitan dll malah kerapkali kita akan kembali kepada sang pencipta... ujian seperti kesakitan akibat saka atau sihir biasanya lebih bermenafaat kepada sipesakit kerana kaedah pengubatannya biasanya adalah pujian dan merapatkan manusia itu dengan Allah dengan beribadah seperti zikrullah, membaca Alquran, banyak bersedekah dan solat serta puasa...

Dengan ujianlah akan meningkatkan tahap kehidupan dan keimanan sesaorang, tanpa adanya ujian, kita akan terus terusan seperti yg sediaada tanpa memikirkan apakah amalan kita cukup untuk bekalan nanti dsb. Ramai yg sebelum sakit atau diuji, tidak begitu berusaha mendekatkan diri dengan Allah, tetapi setelah adanya ujian, akan membuka minda dan fikiran mereka tentang perkara perkara ghaib, adanya alam jin dan malaikat serta sentiasa beramal ibadah untuk kembali pada Allah dan terhindar dari gangguan jin atau lepas dari segala penderitaan yg dialami.

Lagi hebatnya ujian, lagi baik, lagi lamanya ujian, lebih dalamnya keimanan... bayangkan yg ada tu sakit hingga puluhan tahun akibat sihir, selama itu dirawat oleh perawat atau ustaz yg menyarankan sentiasa zikrullah, kalau 1 hari kene buat 1000x dharab 30 tahun berapa banyak?, itu kalau 1000x sehari, kalau dia mampu buat 5000x sehari selama 30 tahun, dah berapa banyak? Kalau tanpa ujian, sanggupkah kita berzikir sedemikian banyak? Payah kan! So cuba bandingkan kalau tanpa ujian, nak buat 100x lepas solat pun susah! Masing masing nak ringkas dan cepat, berdoapun tanpa khusuk kerana nak kejar dunia!

Semua manusia tidak terlepas dari ujian, ujian akan meningkatkan taraf sesaorang jika beliau berjaya mengatasinya. Peningkatan taraf dan profession sesaorang harus melalui ujian, nak jadi doktor falsafah kene lalu banyak ujian yg getir, nak jadi doktor pakar pun  kene uji dengan kes kes yg mencabar yg doktor lain tak dapat laluinya, nak jadi penceramah pakarpun kene banyak ranjau durinya.... begitu juga nak menjadi perawat alternatif, perlu diuji dengan berbagai bagai ujian getir dan permasaalahan yg berat...dijumpakan kes kes yg ramai perawat lain tak mampu atasi, dijumpakan jin jin yg liat dan tak mampan senjata dll, dijumpakan sakit sakit yg takpernah dijumpai oleh sakit moden dan mistik lainnya dll, jika lulus ujian tersebut dan mampu mengubatnya, barulah sesaorang itu layak digelar perawat pakar..

Tanpa ujian, bolehkah sesaorang itu digelar pakar? Tentunya tidak bukan! Contohnya bagi seorang perawat islam, jika diuji dengan kes yg agak berat seperti ditemukan dengan jin islam yg mengganggu pesakit, jika gangguan akibat jin islam pun beliau masih tak mampu mengatasi, bolehkan beliau digelar perawat pakar, tentulah tidak. Bagi doktor gigi, jika bengkak gusipun beliau tak mampu selesaikan, tentunya beliau tak layak digelar pakar gigi.

Begitulah serba sedikit perlunya ujian dalam kehidupan kita, dan ujian ini ada banyak peringkat dan biasanya Allah tak menguji sesaorang yg diluar batas kemampuan sesaorang itu....kesabaran dalam menghadapi ujian adalah kunci utama dalam melepasinya selain doa dan amal ibadah....Waulohualam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan