Isnin, 24 September 2012

BERSYUKURLAH



108. Al-Kauthar


[1] Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu  kebaikan yang banyak

[2] Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).

[3] Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus



Surah Al-Kausar memberitahu bahawa Allah telah memberikan kepada Nabi dan seluruh umatnya kebaikan yg banyak, macam macam kebaikan yang Allah dah berikan pada kita sebagai manusia, terutamanya akal dan fikiran, kenikmatan menjadi khalifah didunia, kenikmatan mengecapi keindahan alam dan apapun kebaikan yg sememangnya kebaikan...


Bila kita dah mendapat kebaikan kebaikan tersebut, Allah menyuruh pula kita mengerjakan solat hanya kerana Tuhan(Allah), solat untuk mengagungkan tuhan, untuk merendahkan diri kepada tuhan dan sebagai tanda kesyukuran kita atas nikmat kebaikan kebaikan yg kita dah kecapi tersebut....Bukan solat kerana untuk dipulihkan sakit, bukan solat kerana ganjaran syurga dan pahala, bukan solat kerana apapun selain kerana tuhan yg Esa iaitu Allah...


1 ulasan:

  1. Salam,
    Bukankah kita disuruh mengerjakan solat sunat hajat jika mahu sesuatu dan istikharah jika mahu membuat pilihan?

    Allah SWT juga suruh kita berdoa minta apa sahaja dengannya seperti doa yang selalu kita minta hari-hari antaranya supaya diampunkan dosa, panjang umur, dijauhkan bala, penyakit, musuh (manusia/jin), siksa kubur/neraka.

    Di situlah letaknya konsep usaha, doa dan tawakkal. Kepada Allah tempat kita berdoa, bergantung, berlindung, berharap dan berserah.

    Sekadar pendapat. Wallahualam

    BalasPadam