Isnin, 24 September 2012

ZIKIRLAH KERANA ALLAH : IKHLAS


MENGAPA PERLU BERZIKIR YG IKHLAS HANYA KERANA ALLAH

Berzikir bukan untuk balasan pada diri kita sendiri..contoh ;
Nak pahala
Nak syurga
Takut kita dimasukkan ke neraka
Nak diampunkan dosa
Nakkan aura agar jin tak menghampiri/perlindungan
Nak elak saka/ buang saka
Nak penyakit sembuh
Nak elak penyakit
Nak kaya/murah rezeki/di buka pintu rezeki....................
Semua nak nak nak.. untuk kita sendiri.. mana yg ikhlas kerana Allahnya???

Zikir(ingat) : Asal saja menyebut nama Allah, dengan lidah kita, dengan hati kita, dengan jiwa kita, dengan fikiran kita, kerana kita mengasihi Allah tuhan yg menjadikan kita dan sekelian alam..


Nak buat yg benar benar ikhlas memang susah, memang susah sangat, sebab biasanya kita akan terlintas jua beribadah tu/berzikir untuk kelebihan dari zikir tu pada diri kita sendiri (pahala, hapus dosa/ takut dihumban ke neraka).. Nak Ikhlas kerana Allah memang susah! tapi kene juga terus berusaha, terus terusan, lama lama dari penerimaan 0%, mungkin lama lama naik jadi 5%, 10% 20% dan seterusnya, terserahlah, Allah maha mengetahui apa yg tersembunyi dilubuk hati kita, dan Allah juga maha menerima taubat kita..

INGAT: Makanan roh kita adalah zikir kita, tapi kalau zikir kita tak ikhlas, tubuh kita tak akan dapat makanan yang sempurna, seolah kurang zatnya, atau hanya hampas..... dan tidak akan langsung menyihatkan roh kita itu.... betapa hebatnya zikir yang ikhlas, sehingga syaitan pun takkan mampu memandang atau mendekat........

Aku rasa syahdu pulak bila tulis ayat tadi........Allah Maha Besar, Maha Berkuasa, Maha memberi petunjuk...Maha Pengampun ....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan