Isnin, 24 September 2012

ALLAH SURUH JIN KACAU KITA


MENGAPA JIN MENGACAU MANUSIA???????

Cuba ko orang teka, kenapa jin kacau manusia? Atau boleh la ko cuba pilih mana satu jawapan paling tepat ikut fikiran ko, atau ikut pengetahuan ko…


  • A    Sebab jin memang jahat, suka kacau( jin kacau di sekolah, kilang atau tempat lain)
  • B.      Sebab salah keturunan asal kita(jin saka)
  • C       Sebab salah manusia tu sendiri( ilmu sesat, amalan panggil jin:jin dampingan)
  • D      Sebab Allah yg suruh jin tu kacau manusia
  • E      Semua betul kecuali (D)

Ok, ko orang dah ada jawapannya? Yakin dengan jawapan ko tu? Kenapa yakin? Ada bukti atau dalil? Hehe

Fikir, jangan tak fikir!

Ok berbalik pada peristiwa ketika Nabi Adam dijadikan, Azazil/iblis enggan sujud pada Adam kan!!!… Agaknya kenapa ye dia tu tak mau dengar atau turut perintah Allah tu, walhal dia tu telah dilantik menjadi ketua Malaikat di syurga tu, sedangkan dia satu satunya jin disyurga tu masa tu, yg lainnya ialah para malaikat, dan nabi Adam je?

Iblis/azazil tu sebelum tu bagitu patuh, taat beribadah hingga para malaikat pun tak dapat menandingi kehebatan dia beribadah… tapi hanya arahan Allah yg mudah (tunduk@sujud pada nabi Adam) gitu pun dia tak mau buat? Adakah sebab status kejadiannya dari Api tu ke, atau memang Allah yg merancang agar Iblis/azazil tu tak akan sujud pada nabi  adam tu?

Kalau soalan ini aku yg jawab, jawapan aku ialah, ni semua Allah yg rancang… kehidupan dan perjalanan alam maya ni semuanya telah dirancang dari Awal Oleh Allah. Allah yg telah menetapkan iblis/azazil tu tak akan sujud pada nabi Adam dan seluruh keturunannya. Betul ke? Waulohuaklam…

Alasan aku ialah, kalau Allah ciptakan nabi Adam, tapi tidak diciptakan musuh yg menggodanya, Nabi Adam tu akan tetap berada disyurga je, tak ada sebab nak dihantar ke bumi untuk jadi khalifah dimuka bumi. Kejayaan Iblis tu menipu nabi adam dan Hawa untuk makan buah yg dilarang Allah tu(Khuldi) juga Allah yg rancang.

Dan Allah bagi Iblis keupayaan dan keizinan untuk kacau Adam dan seluruh keturunannya hingga hari kiamat… Jadi setelah nabi Adam dan hawa dicampak kebumi, Iblis dan konco konconya juga dibenarkan mengikuti  mereka untuk terus mengacau terutama Hawa dan anak cucu nya bermula dari kisah habil dan Qabil….dan terus terusan hingga kini….

Ok dah Nampak apa yg aku cuba  huraikan???  Haaa, ada yg dah Nampak tapi banyak yg masih kabur tu!!!! Hehe

Aku cuba kaitkan cemua cerita ni dengan persoalan atas tadi dan jawapan yg paling tepat…kenapa jin kacau manusia…. Dah Nampak???? Nanti dulu!!! hehe

 Ok cuba tengok ni;
Al-Isra’;
61           Dan (ingatkanlah peristiwa) ketika Kami berfirman kepada malaikat: Sujudlah kamu kepada Adam; maka mereka sujudlah melainkan iblis; dia berkata: Patutkah aku sujud kepada (makhluk) yang Engkau jadikan dari tanah (yang di adun)?
62           Dia berkata lagi: Khabarkanlah kepadaku, inikah orangnya yang Engkau muliakan mengatasiku? Jika Engkau beri tempoh kepadaku hingga hari kiamat, tentulah aku akan memancing menyesatkan zuriat keturunannya, kecuali sedikit (di antaranya).
63           Allah berfirman (kepada iblis): Pergilah (lakukanlah apa yang engkau rancangkan)! Kemudian siapa yang menurutmu di antara mereka, maka sesungguhnya Neraka Jahanamlah balasan kamu semua, sebagai balasan yang cukup
64           Dan desak serta pujuklah sesiapa yang engkau dapat memujuknya dengan suaramu; dan kerahlah penyokong-penyokongmu yang berkuda serta yang berjalan kaki untuk mengalahkan mereka dan turut campurlah dengan mereka dalam menguruskan harta-benda dan anak-anak (mereka) dan janjikanlah mereka (dengan janji-janjimu). Padahal tidak ada yang dijanjikan oleh Syaitan itu melainkan tipu daya semata-mata.
65           Sesungguhnya hamba-hambaKu (yang beriman dengan ikhlas), tiadalah engkau (hai iblis) mempunyai sebarang kuasa terhadap mereka (untuk menyesatkannya); cukuplah Tuhanmu (wahai Muhammad) menjadi Pelindung (bagi mereka).


Ok, dari terjemahan ayat 61 – 65 surah Al-Isra’ ini, cuba lihat dan fahami huruf yg saya merahkan tersebut… adakah itu keizinan atau Arahan Allah pada Iblis???
 Arahan atau lebih jelas sebagai perintah kan???
Siap Allah suruh Iblis selain dengan suaranya sendiri(bisikan  syaitan) , disuruhnya kerahkan penyokong penyokong nya( segala golongan jin) dengan berkuda atau berjalan kaki (jin naik kuda atau jalan kaki?) maksudnya ialah apa cara sekalipun dan semua sekali  laa…… untuk mengalahkan manusia!!!!!!!….

Jadi, dari terjemahan ayat AlQuran itu, nyata sekali jin jin yg mengacau manusia dari dulu sehingga sekarang ni sebab Allah yg suruh!!!!! Betul tak? So, ini hanya pendapat aku yg sangat bodoh dan lemah ni…………….Waulohuaklam…

Berbalik pada soalan, kenapa jin kacau manusia
Jawapan aku ialah (d) Sebab Allah yang suruh….. kenapa????? Hehe hairan??? Lain kan dengan jawapan ko semua!!! Tak tak!!! Ada yg sama tu! Hehe… pandainyeeeeeeee

Oleh yg demikian, ramai yg mengganggap kalau kita kene gangguan jin, tak kira sebab saka ke, jin tepi jalan ke, jin dari persihiran ke a tau apapun puncanya jin tu mengacau…sebab Allah izinkan… ye memang la Allah izinkan! Tapi  tu semua bukanlah sebab mereka baru diberi izin oleh Allah, tapi lebih kepada perintah kepada mereka(jin) oleh Allah melalui ketua mereka (iblis) sejak azali lagi….

Oleh itu ko orang termasuk aku pun sama je! Memang sentiasa jin jin cari peluang untuk kacau dan kalahkan kita….  Ingat!!!! Jin tak boleh kalahkan siapa???? Orang atau manusia yang macamana??? Tengok balik ayat 65 tu….. Orang orang yang IKHLAS!!!! Imannya Ikhlas, ibadahnya ikhlas, segalanya ikhlas….. iaitu kalau mereka nak puji Allah, mereka puji dengan sejujur jujurnya pujian tanpa mengharapkan apapun balasan, Kalau mereka nak sujud pada Allah, mereka sujud  dengan sejujur jujurnya, bukan kerana terpaksa atau nakkan ganjaran… begitulah dengan keseluruhan ibadah yg lain… jujur dan ikhlas hanya semata mata kerana Allah….Lillahitaala….
Jadi, kalau kita ni jauh dari ikhlas, janganla rasa dah selamat sangat dari gangguan jin ni, walau ilmu agama kita menongkat langit, walau zikir kita ribu ribu tiap hari, solat kita amat sempurna siap solat malam sampai lebam lebam dahi, tubuh sampai kurus kering sebab terlalu banyak puasa sunatnya, lidah/bibir sampai kering dek terlalu banyak baca AlQuran dan sebagainya…. Selagi tersangat inginkan ganjaran dari perbuatan@ibadah kita tu semua, jin masih dengan mudahnya mengacau kita… oleh tu carilah ikhlas…..carilah dan carilah…..mudah untuk dikata, tapi hakikat untuk mencapainya amat sukarrrrr……

waulohuaklam

3 ulasan:

  1. yang berdalil kamu faham kan...

    kenapa tak cek dalam diri...di mana kedudukan jin nie...

    semuanya kafir kecuali baginda punya yang telah di islam kan dengan Izin ALLAH.... yang lain semua kafir....

    tanpa dia tak ada kita.... bagaimana tue...

    apabila lalai lagi ALLAH adakan kawan baik yang paling rapat ...

    surah Az-zukruh ayat 36-

    Dan sesiapa yang tidak mengindahkan pengajaran (Al-Quran yang diturunkan oleh Allah) Yang maha Pemurah, Kami akan adakan baginya Syaitan (yang menghasut dan menyesatkannya), lalu menjadilah Syaitan itu temannya yang tidak renggang daripadanya.

    BalasPadam
  2. faham ker Azzazil dan Iblis nie...

    Iblis hanya sifat tercela...

    ketawa...

    jin dan manusia di jadikan supaya beribadah kepada Ku kata ALLAH...

    surah Adz-Dzaariyaat ayat 56-
    Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

    tetapi dinafikan sebahagian jin jin juga ada yang hasut membisikan yang jahat....

    lihat surah An-nas ayat 5-6


    Yang melemparkan bisikan dan hasutannya ke dalam hati manusia, - "(Iaitu pembisik dan penghasut) dari kalangan jin dan manusia".


    jawapan kamu a hingga d tiada satu pun betul... maaf naa...

    hal terjemahan Al-Quran seelok nya berguru lah...

    kelak diri ditipu daya si Iblis nie...

    maaf naaa..

    itu padangan sy sahaja...

    BalasPadam
  3. Ini menunjukkan kefahamam umat islam pada ayat Alquran yg mutasabiah(jelas) pun ramai yg tak jelas....inikan pula ayat yg samar samar...

    BalasPadam