Isnin, 24 September 2012

PEMAKANAN DAN PEMBIAKAN JIN


BAGAIMANA KEHIDUPAN MAHLUK JIN


Seperti manusia dan binatang, kesemua kategori jin juga mempunyai kehidupan dan cara hidup tersendiri. Mereka makan, kencing, membiak dan memerlukan rehat dan tidur. Soalnya mereka makan dan minum apa? Apa hobi mereka? Berapa panjang umur mereka, macamana cara mereka berkeluarga dan membiak, adakah mereka menjaga anak seperti kita? Adakah mereka berpenyakit seperti kita.


Kesemua jin merupakan mahluk Allah seperti kita, memerlukan makanan dan sebagainya. Cuma yang berbeza adalah caranya. Makanan kegemaran iblis adalah najis mereka sendiri dan apa jua yang disajikan kepada mereka oleh pemuja-pemujanya. Adakala pemuja iblis akan memberi mereka telur ayam yang dicampur berjenis-jenis darah seperti darah khinzir, darah anjing, darah manusia, nanah dan sebagainya yang merupakan makanan terlazat bagi mereka(diambil baunya sahaja) sehingga mereka sanggup menghambakan diri dan menuruti segala perintahnya tanpa jemu dan batasan masa. Yang selalu berlaku ialah pemuja jin akan memberikan lampu hijau kepada jin untuk menghisap darah ahli keluarga sendiri terutama isteri dan anak perempuan, ini menyebabkan mereka sentiasa sakit-sakit dan lesu kerana kekurangan darah dan badan selalu lebam-lebam. Ketaatan jin kepada tuannya amat luar biasa, contohnya katalah pemuja iblis (bomoh ) menyuruh seekor iblis mengacau sesebuah rumah atau orang, ia akan terus mengacau rumah atau orang tersebut sehingga anak cucu tanpa kembali semula kepada bomoh tersebut.

Makanan jin jin lain juga tidak berbeza, mereka makan apa saja(dalam bentuk bau) terutama yang dihidangkan kepada mereka. Bagi jin yg tak bertuan, azazil memakan api, iblis memakan najisnya sendiri, ifrit makan najis manusia, jin islam makan seperti manusia, hantu hantu makan darah hidup manusia, dewa makan buah buahan. Bagi jin-jin yang telah menjadi saka, mereka akan makan, minum, tidur dan bermain-main bersama dengan semua ahli keluarga tanpa disedari oleh manusia (pemunya saka) tersebut.

Pembiakan jin seperti binatang, mereka berkahwin (tanpa undang-undang keluarga). Bagi azazil, persentuhan paha jantan dan betina mampu menghasilkan benih berjuta yang boleh tumbuh melata, bagitu juga iblis, Cuma jumlahnya agak kurang sekitar 70,000 sahaja, Jin ifrit dan islam pula anaknya tak ramai dalam lingkungan 33 ekor setiap kali menetas, tapi hantu hantu dan dewa dewa banyak sangat, berjuta sekaligus dan yang hebatnya sibetina tak ada tahap monopos! Jadi bayangkan berapa banyaknya mereka disekeliling kita cuma alam mereka berbeza dengan alam kita. Hanya segelintir sahaja yang memasuki alam manusia dan mengacau kita. Itupun jumlahnya dah tak dapat dibayangkan, maklumlah tak mati tapi beranak terus, waw….kita tengok ulat pun geli inikan pula tengok mereka yang tak memerlukan ruang tu.


Kehidupan mereka tidak berbudaya dan undang-undang, jadi yang kuat terus membuli yang lemah tanpa rasa jemu dan puas. Walaupun mereka memerlukan makanan terutama ketika membesar, mereka tak akan mati kalau tak makan pun. Sebenarnya sebagai mahluk, jin ini boleh mati terutama jika dibunuh oleh manusia dengan kaedah tertentu. Hanya seekor sahaja tidak boleh mati sehingga kiamat iaitu Ketua Azazil yang enggan sujud kepada nabi Adam, anak cucunya tetap boleh mati jika dibunuh terutama oleh manusia (beriman dan berilmu). Sehingga kini ketua azazil tersebut memantau anak cucunya terutama untuk merosakkan manusia.

Jin boleh berpenyakit cuma jarang yang mati disebabkan penyakitnya. Mereka lebih suka mempunyai ‘tuan’ kerana adanya tempat berlindung, makanan dan sebagainya seperti juga manusia. Sebab tu kalau kita pergi kesesuatu tempat ‘berpuaka’ kononnya atau berjalan malam, semasa balik kerumah akan terasa ada yang mengekori, lagi pula yang minta izin seperti “tumpang lalu tok, tumpang kencing tok, dll ini menyebabkan jin tadi mengganggap sipenyebut tadi ahli keluarganya iaitu cucunya dan akan terus mengekori kerumah dan kadangkala terus bermastautin dirumah tersebut. Kalau sesaorang berubat kepada orang yang menggunakan jin ketika proses pengubatan, ingatlah, kamu akan diikuti terus oleh jin tersebut dan merupakan salah satu puncanya ada saka untuk anak cucu nanti. Bagitulah serba sedikit cerita tentang alam jin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan