JIN
Secara umum mahluk ghaib
selain malaikat adalah jin. Tetapi golongan@kategori jin pula terbahagi kepada
azazil, iblis, jin, hantu,dan dewa. Perbezaan ini ujud kerana mereka diciptakan
dari jenis api yang berbeza. Kategori jin pula terlalu banyak bangsanya
sebagaimana kita melihat binatang dengan beza nama dan bentuknya, bagitu juga
dengan jin. Jin yang biasa didengar adalah seperti Jin Ifrit, jin islam, atau
bunian bunian.
Jin ifrit ialah jin yg
masih kafir, sementara jin yang telah islam dipanggil jin islam. Jin ini juga
digelar bunian jika ia mengikut rupaparas manusia. Rupa jin yang asal juga amat
hodoh, rata rata mempunyai tanduk besar melengkung di dahi, bertelinga besar.
Makanan utama jin ifrit
ialah najis manusia, amat gemar tinggal didalam tandas, dan hanya makan najis
manusia ketika manusia membuang air besar, bukan najis yg dah jatuh ditandas
itu. Jika ifrit berada ditubuh manusia, tempat tinggal utamanya ialah disaluran
najis atau usus besar manusia.
Makanan utama jin islam
yg berada dialam manusia pula ialah apa saja makanan yg dimakan oleh manusia
itu, iaitu hidangan kita dibelasahnya dulu sebelum kita makan….
Jin ifrit tak juga
terkesan dengan bacaan ayat suci Al Quran, apatah lagi bagi jin islam yg
tentunya pun membaca AlQuran….
Tiada ulasan:
Catat Ulasan