Isnin, 24 September 2012

KELEBIHAN DAN KELEMAHAN KAUM JIN


 KELEBIHAN DAN KELEMAHAN JIN


KELEBIHAN JIN


Jin ni ada sedikit kelebihan dibandingkan manusia. Pertamanya umurnya panjang dan keduanya jasadnya yg tak kelihatan oleh manusia.

Umur jin yg panjang membolehkan mereka menimba banyak ilmu terutama kaedah untuk mengganggu manusia. Ada beberapa kes yg aku jumpa (jin yg masuk tubuh pesakit) bercerita walaupun jangan dipercaya, mengatakan umur mereka telah jutaan tahun. Banyak kelemahan manusia diketahuinya untuk memudahkan mereka mengganggu manusia. Banyak pengalaman mereka dalam memudharatkan manusia kerna pengalaman dan ilmu tersebut boleh digunakan berbilang kali. Ada diantara mereka telah menggoda malah ada yg mengaku telah menyebabkan kematian (menggunakan sihir) sehingga berpuluh puluh orang sepanjang hayatnya sebelum aku bunuh.

Jasadnya yg ghaib juga memudahkan ia mengganggu manusia, bayangkan kalau depa tu nyata, pastinya depa dekat je kita dah prepare segala senjata untuk melawan mereka. Contohnya kalau kita dikacau semut api/ nyamuk/ lalat, dgn segera kita bunuh mereka. Tapi oleh kerna jin ni kita tak nampak, depa makan sama kita, tidur sama kita, bergurau dan bermain sama kita, malah kalau jin dampingan/saka tu, kemana kita pergi, depa ikut sekali, kita mancing pun depa ada, kita shopping pun depa join sama!

Kelebihan yg tersembunyi dari kalangan jin ini pula ialah depa di punya tali persaudaraan yg kukuh dikalangan mereka walau depa berlainan agama maupun yg tak beragama, mereka bantu membantu terutama dalam menyesatkan/mengacau manusia.... Contohnya katalah kita ada jin dampingan/saka, jangan haraplah jin jin dampingan atau saka ni nak bantu kita jika adanya jin sihir yg dihantar untuk menyihir kita, dibuat bodoh aje malah ada yg membantu menyakitkan kita pula! Sebab tu bebaskan diri kita dari didampingi jin dan dari saka!!!! Takde pekdahnya mereka!!!

Tu aje kot kelebihan jin yg kebanyakkannya ditugaskan kedunia memang untuk mengganggu manusia! Tugas tu diberi Allah tu! Kalau Allah tak beri kelebihan tu sedangkan Allah tugaskan mereka mengganggu manusia macamana? Allah tu kan adil!!! Dan Maha Bijaksana dlm perancangannya!


KELEMAHAN JIN

Jin ni memang lemah pun, macam asap je, kalau depa geram kat kita, depa tumbuk ke terajang ke kita, pasti kita tak rasa punya! Tu yg depa geram sangat kat manusia ni, kita diberikan terlalu banyak kelebihan dibandingkan mereka, kita diberi rupa paras yg hensem(aku le tu) dan manis (aku juga tu hehe), tubuh yg kuat, akal yg sempurna, ketua kepada makhluk yg ada (khalifah) dan macam macamlah...

Khalifah???Kita diberikan kebolehan mentadbir dunia! Macamana tu? Kalau kita buat kerosakan dunia spt sewenangnya hapuskan hutan belantara, korek segala yg tersimpan dlm dunia, gondolkan segala bukit dan gunung yg jadi paksi dunia, tak menjaga persekitaran yg merosakkan udara dan pencemaran air didarat maupun laut...itulah peranan khalifah didunia

Jin tak diberi tugas tu! Kalau diberi pun depa tak larat kot, ialah depa bukan boleh mencangkul tanah pun, malah nak suruh tanam pokok pun tak reti! Kalau ada jin yg pandai, aku dah suruh utk curi senjata nuklier negara negara kuasa besar dunia tu untuk aku pulak yg simpan supaya aku yg jadi pulak pemegang kuasa besar tu..hehehe, suruh semua negara didunia bayar ufti kat aku!!!

Oleh kerana jin tak de tenaga pun nak tumbuk kita, depa hanya boleh kacau kita dgn memasuki tubuh kita, sapa kat sini mengaku jin tak leh masuk tubuh kamu? Angkat tangan! Hehehe

Jangan berlagak le! Hampir semua manusia senang senang je dimasuki tubuhnya oleh jin, Cuma jin tu tak nak sebab tiada sebab! Kalau ada sebab seperti disuruh manusia (sihir), mufti mufti dan pak kiai pun rata rata mudah je dimasuki walaupun tak dikuasai mereka! Ingat dimasuki tak semestinya dikuasai, ada jin masuk tubuh kita (sihir) untuk hantar santau, untuk menyekat aliran darah dibahagian tertentu, menyakitkan bahagian bahagian tertentu, memasuki qarin(jantung) untuk membisikkan kejahatan, menggelapkan pandangan mata ketika sesaorang memandu untuk berlakunya accident dll.....(Para ni aku pun tak pasti kelemahan jin atau kekuatan jin.. ah hantam ajelah)

Kelemahan jin selain itu ialah kalau manusia membaca kitab kitab Allah spt AI Quran dll, jin akan kepanasan malah ada yg boleh terbakar, Suara azan juga boleh melemahkan mereka tetapi mereka amat kalah jika mendengar manusia berzikir memuji Allah terutama yg Amat Ikhlas kerna Allah sahaja.

Kelemahan ini membolehkan manusia memilih beberapa potongan ayat AQ yg dipanggil ayat ayat ruqyah untuk melemahkan/menghalau jin yg memasuki tubuh manusia.. Ko orang tau kan ayat ayat tu? Banyak dah dijelaskan oleh perawat islam dlm buku atau laman web.. cari sendiri

Masaalahnya ada jin yg tak heran dgn bacaan tersebut, yg ada boleh mengajar lagi bacaan yg salah oleh perawat terutama jika yg mengacau tu jin islam. Baca lah ayat apapun depa buat dek je... Oleh itu jika terjumpa kes sebegini, rawatan secara ruqyah bukanlah jalan penyelesaiannya

Kalau jumpa kes yg susah nak settlekan, janganlah guna kaedah yg sama, cuba cari perawat lain yg guna kaedah yg berlainan kerana jin adalah makhluk yg lemah malah amat mudah dihapuskan, itupun kalau tau le, hehe.... Biasanya pelbagai kaedah mandian amat berkesan untuk mengalahkan jin ditubuh ni malah ada jenis mandian yg mampu menghapuskan betapa besar pun jin itu atau betapa kuatpun jin itu... itu tanya perawat le.... hehehe sebab aku tak leh mengajar (tak de tauliah pun)

Membunuh jin diluar tubuh manusia sebenarnya jauh lebih mudah dibandingkan yg dah memasuki tubuh terutama jin jin saka yg menghuni rumah kita. Selalunya jin saka ni bukan sekor, malah puluhan, ratusan malah ribuan ekor disetiap rumah yg ada sakanya... Kalau tak de yg leh buang atau hapuskan tu, mintalah bantuan aku...hehehe (kalau percaya le, kalau tak percaya lagi bagus, tak nyusahkan aku!!!) So kesimpulannya, jin tu amat le lemahnya dia!!! Oleh itu janganlah bergantung pada jin untuk menjaga kita, kita manusia jauh lebih sempurna...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan