Jumaat, 28 September 2012

BRUTAL PADA SYAITAN

Perlukah kita berlembut pada jin jin yang telah mengacau dan menghuni tubuh kita terutama semasa proses pengobatan? Mengapa ramai perawat islam memilih jalan diplomasi sedangkan dah diketahui jin yang jahat itu adalah syaitan yang merupakan musuh utama manusia?

Adakah disebabkan perawat itu takut pada serangan balas syaitan syaitan itu dan geng gengnya? Adakah perawat masih takut selain Allah?Jika itulah jawapannya, adakah perawat sebegitu layak digelar sebagai perawat terutama yang berurusan dengan syaitan???

Semua jin yang jahat digelar syaitan, tak kira walaupun jin itu telah memeluk islam...dan syaitan merupakan musuh yang utama pada manusia yang sepatutnya dilawan habis habisan hingga titisan darah yang terakhir. Mungkin ramai perawat islam yang mengganggap syaitan ini mampu membalas dendam pada ahli keluarganya atau dirinya lalu tidak berani menanggung resiko, so dimana keyakinan dan ketaqwaannya pada Allah??? Hanya kepada Allah sahaja yang sepatutnya kita takut....takut pada MURKA Allah.

Selagi kita masih berbaik dengan syaitan yang mengganggu pesakit kita, selagi itulah kurangnya kebergantungan kita pada Allah, malah ramai pula yang bergantung hanya pada ayat ayat Allah, bukan pada Allah, tuan punya ayat itu...

Berurusan dengan syaitan harus brutal, kejam dan tanpa belas kasihan kerana hanya dengan jalan tersebut syaitan itu akan mudah ditewaskan, selagi kita memilih jalan rundingan, masih rajin mengislamkan jin walaupun dari kalangan jin yang memang takkan boleh menjadi islam terutama golongan hantu, selagi itulah kita terus ditipu oleh mereka, dan akan terus dipersendakan...

Mungkin terlalu kasar ulasan aku ini, tapi kajilah dengan fikiran terbuka, mengapa pesakit masih terus terusan sakit walau dah dirawat oleh perawat islam bertahun tahun.... yg sebenarnya syaitan yang mengacau itu terus terus menipu, walaupun dia telah berjanji beratus kali untuk keluar, memang dia keluar tetapi akan masuk semula dan mengacau pesakit selepas saja pesakit meninggalkan pusat rawatan.... perawat lebih sanggup melihat pesakit terus terusan sakit daripada bertindak kejam pada syaitan yang ternyata adalah musuh utama manusia.....

Dan ada juga perawat yang mengaku perawat islam atau ustaz malah mengajarkan pesakit untuk mengamalkan ayat ayat pendinding walhal yg menjadi pendinding juga adalah dikalangan jin jin tak semestinya jin islam. Dan ada juga diantara perawat itu membekalkan tangkal tak kira dalam bentuk wafaq atau cincin dll yang kononnya mampu menghalau jin jin, walhal sebaliknya berlaku iaitu bende yg dibekalkan itulah yg malah menambah jin jin pada pesakit...

Kasihanilah pesakit kamu wahai perawat, kasihanilah mereka, tewaskanlah musuh utama manusia yang mengganggu pesakit itu dengan bersungguh sungguh, dengan segala keilmuan kamu dengan meminta bantuan sebenar benarnya bantuan dari Allah, bukan dari jin.....Brutallah pada syaitan, jangan sesekali berlembut dan terpedaya dengan tipudaya dan rayuannya.... sesungguhnya tipudaya syaitan itu hanya kosong belaka.........


4 ulasan:

  1. Salam.. saya ada terbaca satu artikel yang nyata bertentangan dengan pendapat saudara. Bukan untuk menegaskan siapa betul atau siapa salah, tapi sekadar untuk renungan kita bersama.

    http://ibnnajib.blogspot.com/2011/04/adakah-jin-mati-disembelih-dan-apakah.html

    BalasPadam
  2. Pertentangan pendapat tu perkara biasa, bergantung pada keilmuan masing masing.... Kalau sesaorang tu tak tau membunuh jin, dia katalah jin tak mati, sebab dia tak reti nak membunuhnya, tapi bagi yg tau, bunuh jin lebih mudah berbandingkan bunuh nyamuk yg sedang terbang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bab ni,aku sokong hg..
      Aku pun rimas apa ke hal nak kautim dgn jin.
      Dah tak tau cara nk bunuh jin,belajar la..

      Padam
  3. Sokong... Bunuh saja jin-jin yang jahat tu. Yang dijanjikan hidup sampai qiyamat hanya Azazil a.k.a. Ibliis. Yang lain boleh maut kalu kita pulun kena caranya...

    BalasPadam