Isnin, 24 September 2012

QARIN VERSI HANTUKILLER


Qarin…

Sabda Rasulullah s.a.w. daripada Abdullah Mas'ud r.a. maksudnya: "Setiap kamu ada Qarin daripada bangsa jin, dan juga Qarin daripada bangsa malaikat. Mereka bertanya: "Engkau juga ya Rasulullah." Sabdanya: "Ya aku juga ada, tetapi Allah telah membantu aku sehingga Qarin itu dapat kuislamkan dan hanya menyuruh aku dalam hal kebajikan sahaja."
(Riwayat Ahmad dan Muslim)

Aisyah r.ha. menceritakan bahawa pada suatu malam Rasulullah s.a.w. keluar dari rumahnya (Aisyah), Aisyah berkata: "Aku merasa cemburu." tiba-tiba Baginda berpatah balik dan bertanya: "Wahai Aisyah apa sudah jadi, apakah engkau cemburu?" Aku berkata: "Bagaimana aku tidak cemburu orang yang seumpama engkau ya Rasulullah." Sabda Baginda: "Apakah engkau telah dikuasai oleh syaitan?" Aku bertanya: "Apakah aku ada syaitan?" Sabda Baginda: "Setiap insan ada syaitan, iaitu Qarin." Aku bertanya lagi: "Adakah engkau pun ada syaitan ya Rasulullah?" Jawab Baginda: "Ya, tetapi Allah membantuku sehingga Qarinku telah masuk Islam."
(Riwayat Muslim)

Di dalam hadis lain daripada Ibnu Umar r.a., sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud: "Aku dilebihkan daripada Nabi Adam a.s. dengan dua perkara, iaitu pertama syaitanku kafir lalu Allah menolong aku sehingga dia Islam. Kedua, para isteriku membantu akan daku tetapi syaitan Nabi Adam tetap kafir dan isterinya membantu ia membuat kesalahan."
(Riwayat Baihaqi)

Ibn Muflih al-Muqaddasi menceritakan: Suatu ketika syaitan yang mendampingi orang beriman, bertemankan syaitan yang mendampingi orang kafir. Syaitan yang mengikuti orang beriman itu kurus, sedangkan yang megikuti orang kafir itu gemuk. Maka ditanya mengapa engkau kurus, "Bagaimana aku tidak kurus, apabila tuanku masuk ke rumah dia berzikir, makan dia ingat Allah, apabila minum pun begitu." Sebaliknya syaitan yang mengikuti orang kafir itu pula berkata: "Aku sentiasa makan bersama dengannya dan begitu juga minum."


Ulasan dari dalil ttg qarin tersebut versi hantukiller

Nabi kata Qarin tu dari bangsa jin dan bangsa malaikat….., so maknanya qarin tu bukan jin je
Malaikat pun leh jadi qarin
Tapi apa sebenarnya Qarin tuh?
Jin jenis apa yg jadi qarin? Malaikat pulak malaikat yg mana?
Hadirnya bila?
Dari kandungan lagi ke?
Mak bapaknya sapa?
Adakah mak kita tu juga mak pada qarin tu???? Takkan mak mak kita beranakkan jin & malaikat pulak??
Adakah masa kita lahir, qarin tu dah ada? Sebaya dengan kelahiran kita atau dia berumur dah ratusan tahun? Dan kita mati nanti qarin tu ikut mati juga ke?
Jin qarin tu satu je ke?malaikat pulak????

Abis malaikat qarin tu pulak macamana? Adakah sebaya juga dengan kita? Maknya malaikat tu mak kita juga?
Jin Qarin yg menyesatkan kita tu, cara menyesatkannya pulak macamana? Kita dengar ke? Malaikat Qarin pulak? Kita dengar juga ke bisikannya? Mereka bisik kat telinga ke? Atau macamana kaedah pembisikan mereka tu?????

Ok ni huraian aku, ye lah, aku kan hantu, huraiannya pun stail hantu jugak le… hehe

Qarin sebenar bukanlah jin dan malaikat, tetapi satu nama tempat yg kedudukannya di jantung manusia. Jin jin yg duduk dalam Qarin tu itulah yg dipanggil jin qarin, kalau malaikat yg duduk situ, dipanggil malaikat qarin ( sebenarnya malaikat tak duduk sama dalam qarin tu, tapi dlm jantung kita tu ada macam partition, sebelah tempat jin(qarin) sebelah tempat malaikat yg dipanggil Mulhin)…

Jenis jin yg boleh jadi qarin pulak ialah apa saja jenis jin yg duduk situ, kalau dewa, ye qarinnya dewa, kalau hantu ye qarinnya hantu, kalau jin ifrit ye qarinnya ifrit, kalau jin islam ye qarinnya jin islam, kalau iblis yg kat situ ye qarinnya iblis…..kalau azazil pun sama, qarinnya azazil

Malaikat yg duduk situ pun gitu juga, tapi biasanya satu jek jenisnya iaitu malaikat Mulhin….
Kene ingat, jin ni kalau duduk dalam tubuh manusia boleh dengan jumlah yg banyak tanpa kira jenis dan bangsa, mereka tak perlukan ruang…. Malah jin qarin boleh menghuni qarin tu sampai berjuta ekor sekaligus!!! Tak semua jin yg menghuni tubuh manusia dipanggil qarin, kalau duduknya jin tu kat tengkuk ye kita panggil jin tengkuk, kalau kat kemaluan ke jin malu maluan… hehe, kalau jin duduk kat kaki ye panggil jin kaki…..hehehe

Oleh kerana dah dijelaskan qarin tu kat jantung(hati) so cara pembisikannya pun tak le bisikkan kat telinga macam pasangan kekasih yg berdua duaan tu… tapi bisikannya dalam hati… amat berbeza beza pada setiap individu bergantung kekuatan roh dan jiwa individu tu…. Kalau yg teruk , mereka siap leh berbual dengan qarin yg kat dalam tu, dan qarin tu boleh bagi nasihat macam macam… contohnya qarin tu boleh cakap…’ko jangan kawan budak tu, budak tu jahat’, atau ko jangan berbaik dengan hantukiller tu, hantukiller tu ada jin! Hehehe…. Atau ko jangan berubat dengan hantukiller tu, dia tu ilmu sesat dan sebagainya…. Contoh, contohhhh!!!!!!!!! hehehe….

Tu kes qarin yg teruk la, penguasaan qarin yg tak teruk macam kita selalu rasa nak marah, nak menengking, nak belasah orang, nak kutuk orang, nak hina orang, rasa malas ibadah, rasa pandai sangat, rasa islam sangat, rasa semua orang jahat, rasa semua orang benci kita, rasa semua orang perli kita, rasa hebat sangat, rasa kuat sangat, rasa alim sangat, rasa BAGUSSSSSS SANGAT dsb….

Ok memandangkan qarin hanya tempat, bermakna jin qarin tu bukan la adik beradik kita, iaitu mak nya bukan mak mak kita, tentulah mak jin qarin tu jin jugak hehehe…

Dan bilakah jin Qarin tu mula masuk tubuh manusia???? Biasanya selepas anak anak berumur 5 tahun keatas, sebab budak kecil nih yg umurnya bawah 5 tahun, cahaya(NUR) roh nya masih sangat suci dan terang putih berkilau… tetapi akan pudar dan memudarkan diri sebab pendedahan anak anak tu pada persekitaran…. Kalau mak bapaknya sentiasa berzikir tentulah cahaya NUR anak anak tu kurang pudar atau terus terang benderang sebab makanan roh ialah zikir yg jujur ikhlas….

Dan biasanya jin yg jadi qarin ialah jin saka…. Jarang jin luar leh menghuni qarin kecuali ada suruhan/persihiran….Bila kita mati jin ni keluar dan cuba cari sarang baru… iaitu keturunan kita la…saka!!!! Ingat, jin islam pun ada yg jadi qarin tau! Bisikkan kejahatan jugak!!!!

Malaikat mulhin pulak biasanya tak banyak, satu jek… membisikkan kebaikan….ia masuk dari kita lahir lagi….

Tiada ulasan:

Catat Ulasan