Isnin, 24 September 2012

IBLIS



IBLIS : HURAIAN RINGKAS

Apa pula ni? Iblis adalah jenis jin kedua dari segi kekuatan dan kepandaiannya. Terbahagi kepada berbagai bangsa, Sangat hebat dalam ilmu penipuan terutama penipuan untuk menyesatkan manusia. Kebanyakkannya mempunyai bentuk tubuh (dizahirkan) seperti manusia, muka agak kurus panjang, dengan janggut 3 helai yg sangat panjang, kepala botak iaitu hanya beberapa helai rambut yg tumbuh, kurus, ada juga yg bertanduk kecil didahi dan ada yg tak, dan banyak juga menyerupa dalam bentuk dinasour (pelbagai bentuk dan saiz) iaitu bersisik tebal dan keras, ekor panjang tetapi kebanyakkan ekornya mempunyai cangkuk seperti mata kail atau mata panah. Jenis ini banyak dipuja dan dipelihara oleh pengamal pengamal perubatan Budha-siam dan batin orang asli(Bomoh) atau sapa saja yg memujanya atau member ia makanan.

Cara ia mengganggu manusia juga amat halus tetapi tidak mengira jenis manusia asalkan disuruh sahaja oleh bomoh, akan dilakukan tanpa rasa jemu. Ia juga sering mengganggu manusia tanpa disuruh agar manusia terpesong dari landasan keimanan. Seperti azazil, ia boleh merasuk manusia (tetapi amat jarang) dan menguasai seluruh tubuh manusia iaitu seperti hysteria tetapi selalunya akibat persihiran peringkat tinggi. Oleh kerana kepandaiannya dan ada yang berbentuk tubuhnya yang bersisik tebal tadi (dynasour), ia sangat sukar dikalahkan kecuali oleh manusia yang dianugerah Allah kekuatan dari Nur-nya, barulah iblis ini akan binasa(mati).

Makanan iblis ialah najis, tapi bukan najis manusia, tapi najisnya sendiri…. Dan memakan apapun yg dipersembahkan oleh orang yang memuja atau membelanya…

Juga tidak terkesan langsung dengan bacaan Al Quran atau ruqyah, kecuali jika yang membacanya itu orang yang Allah dah izinkan padanya sebagai senjata pemusnah golongan iblis ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan