Isnin, 24 September 2012

KEMURUNGAN


KEMURUNGAN

PENGENALAN
  • •Gangguan kemurungan ( adalah sejenis penyakit mental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran.
  • •Antara cirinya adalah ia bukan bersifat sementara dan bukan sesuatu yang boleh ditamatkan atau dihilangkan dengan keinginan semata-mata.
  • •Individu yang murung tidak dapat pulih dengan sendiri kecuali dengan bantuan pakar dan ubat-ubatan.
  • • Jika kemurungan ini tidak dirawat, ia boleh perpanjangan beberapa bulan ataupun tahun malah ia boleh menyebabkan penyakit fizikal serta meningkatkan risiko membunuh diri

Definasi
  • Gangguan kemurungan ( adalah sejenis penyakitmental yang melibatkan badan, perasaan dan fikiran.Mereka yang mengalami penyakit ini akan berasa sedih atau `kosong` secara berpanjangan serta hilang semangat untuk hidup.
FAKTOR PENYEBAB
Biologi
•Baka
•Hormon yg tidak seimbang
•Tidak dapat tidur
•Cara hidup berubah
Sosial
Perempuan:
•Kehidupan sosial yang tidak berkualiti
•Suka sendiri
•Suka menyendiri
•Suka minta tolong
Lelaki
•Tidak suka untuk ditolong
Tingkahlaku
•Kehidupan yg menurun
•Tidak peduli tanggungjawab & perawakan diri
•Cepat marah
Pengaruh Emosi & Kognitif

SIMPTOM ATAU TANDA-TANDA
•Mereka yang mengalami kemurungan mungkin mempunyai tanda-tanda:
-berasa hilang tenaga untuk melakukan sesuatu, hilang minat dengan aktiviti harian seperti makan dan minum, berasa diri tidak lengkap, mudah menangis, berasa pesimis, berasa tidak berdaya, berasa sunyi sepi, suka bersendirian, mengelakkan diri daripada berinteraksi dengan orang lain.

RAWATAN
Terapi ringan.- Terapi secara ringan sahaja bagi kes-kes ringan.
Terapi Berat
•Terapi secara ECT- Electroconvulsive Theraphy
•Kemurungan yang teruk – digunakan ECT ini apabila ia tidak berkesan lagi
  • Ia memberi kesan tindak balas sampingan seperti hilang ingatan dan rasa letih yang amat sangat. Sesetengah pesakit akan hilang ingatan secara kekal.
Terapi Kognitif & T/Laku
•Kognitif.
- Dengan cara – mengurangkan idea-idea atau pemikiran negatif dan tukar kepada yang positif.
•Tingkah laku.
- Meningkatkan lagi kemahiran untuk mengawal diri dan mengatur hidup
mereka


Penjelasan diatas aku hanya copy google.. hehe



Bawah ni ulasan aku:

Bagaimanapun, kebanyakkan kes kemurungan yg berlaku dikalangan orang melayu adalah diluar dari punca punca yg disebutkan diatas tadi. Banyak yg terjadi adalah tanpa sebab, secara tiba tiba dan menyebabkan tindakan atau tingkahlaku yg amat berbeza dari keperibadian asal mereka.

Kekadang perasaan sedih tiba tiba datang tanpa sebab, fikiran manjang teringat peristiwa silam, kekadang terbayang wajah wajah orang yg telah meninggal, terdengar dengar suara hilai atau tangisan malah ada kala manjang terdengar seakan bunyi muzik seperti seruling dll, ada juga yg merasa kematian dah terlalu hampir dan ternampak nampak wajah wajah orang tersayang atau yg dikenali yg telah meninggal dunia, hidung terbau benda yg tiada puncanya seperti bau busuk, kemenyan, wangian dll, tidak dapat tidur, tiada nafsu makan, cepat marah ... dan banyak lah lagi..........

Kebanyakkan kes yg aku sebutkan tadi tidak dapat dihuraikan dari segi sainsnya...
Dalam keadaan demikian, punca kemurungan adalah disebabkan adanya entiti lain yg menguasi emosi pesakit yg senang aku sebut adalah adanya makhluk jin atau gangguan dari kehadiran roh roh jahat.... tak semua le, ada juga disebabkan seperti diatas tu iaitu tekanan hutang dll

Mungkin keadaannya sama seperti yg telah dinyatakan di atas, namun dari segi mistiknya gejala tersebut adalah dihasilkan oleh jin jin yg sudah menguasai roh, perasaan dan jiwa pesakit.. Kalau kes sebegini kaedah rawatan seperti yg ada diatas tidak berkesan sama sekali ataupun jika berkesan hanya sementara dan akan berulang dari masa ke semasa...
Bagi rawatan alternatif seperti yg kerap dilakukan, pesakit hanya hadir kehadapan perawat lalu perawat akan memulakan ritualnya, kalau perawat islam dengan ruqyahnya, kalau pawang / bomoh dengan jampinya atau kalau aku dengan senyumannya (hehehe)..... dan biasanya pesakit yg dilanda kemurungan akan memberi tindakbalas atau reaksi... adakalanya agresif, adakalanya tidak agrasif malah ada yg tak de tindakbalaspun bergantung pada kekuatan roh sipesakit itu sendiri.

Bagi perawat yg mampu mengeluarkan secara kekal (samada diikat atau dikurung ditempat lain) atau membunuh jin tersebut, biasanya pesakit akan pulih sertamerta setelah semua jin tersebut dikeluarkan dan amat jarang berulang.... tapi ada syarat juga, itu bukan dari jin saka atau jin sihir... kalau saka atau sihir, biasanya berulang dan hanya akan pulih sepenuhnya jika tiada lagi jin jin saka atau sihir...

1 ulasan:

  1. Artikel yang menarik mengenai kemurungan yang kian melanda rakyat Malaysia terutamanya golongan wanita. Statistik ini kian meningkat disebabkan tahap sosio-ekonomi yang semakin mencabar dan hubungan kekeluargaan yang tidak rapat. Pada pendapat saya, masalah kemurungan ini sebaik-baiknya dirawat dengan kaedah-kaedah yang tidak melibatkan penggunaan ubat psikiatrik kecuali sekiranya masalah ini telah menjadi teruk seperti ada perasaan membunuh diri atau mencederakan orang lain dan sebagainya. Rawatan alternatif seperti rawatan Islam juga sebenarnya harus diterap sebagai sebahagian daripada terapi kemurungan.

    BalasPadam